Assalamu'alaikum wbt.
Apa jua usaha atau tindakan yang kita ikhtiarkan, ilhamnya datang daripada Allah. Menyalahkan penyebab kepada sesuatu yang terjadi adalah salah. Menunggu qada' dan qadar semata-mata juga adalah silap!. Usaha, redha, sabar dan tawakal kepada Allah adalah asas bagi mukmin yang bertaqwa. Baik buruk yang terjadi selepas itu, tidak boleh kita runguti.
Maka, berusahalah kita untuk mendapat takdir yang terbaik. Berusaha dan mengambil penyebab kepada sesuatu perkara yang terjadi juga termasuk dalam takdir Allah. Kita perlu tahu bahawa diri kita akan sentiasa diuji, maka bersedialah dalam menghadapi ujian. Beruntung bagi mereka yang selalu diberi ujian kerana itu tanda Allah sayang padanya.
Saya terbaca satu kisah pada zaman Rasulullah SAW.
Semoga kita sentiasa menjadi hamba yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan-Nya. Allahumma ameen!
Dan tertakdir menjalani segala kehendak-Mu Ya Rabbi,
Ku berserah ku berpasrah hanya pada-Mu Ya Rabbi.
Bila mungkin ada luka cuba tersenyumlah,
Bila mungkin tawa cuba bersabarlah,
Kerana air mata tak abadi,
Akan hilang dan berganti.
Bila mungkin hidup hampa dirasa,
Mungkinkah hati merindukan Dia,
Kerana hanya dengan-Nya hati tenang,
Damai jiwa dan raga.
[Takdir-Opick]
Bait-bait lirik itu membuatku terfikir akan sesuatu. Ya, TAKDIR! Kebanyakan kita selalu mempersoalkan mengapa begitu dan tidak begini. Itulah yang dikatakan RUNGUTAN. Kita banyak tidak berpuas hati, merungut dan geram apabila datangnya ujian atau musibah. Tanpa sedar, sebenarnya kita banyak 'COMPLAIN' pada Allah, kan?
Walau apa pun yang terjadi, segala takdir yang kita lalui semuanya adalah dengan kehendak Allah. Tidak bergerak satu zarah pun, melainkan dengan izin Allah. Apatah lagi dalam soal kehidupan, semuanya telah diatur oleh Allah. TIADA ISTILAH KEBETULAN.
Lemahnya manusia apabila bersangka buruk dengan Allah. Sedangkan ujian itu adalah perkara yang harus dilalui oleh manusia ketika didunia ini. Ini untuk mengetahui tahap keimanan kita kepada-Nya. Ujian atau musibah adalah sebahagian daripada takdir (qada' dan qadar) Allah kepada kita. Sebagai orang Islam, kita wajib beriman dengan qada' dan qadar Allah.
Setiap manusia diuji dengan ujian yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Jelas di dalam Al-Quran Allah mengatakan bahawa Allah tidak akan menguji hamba-Nya diluar kemampuan hamba-Nya. Kalau difikirkan, penyebab kepada berlakunya sesuatu musibah kepada kita hanyalah 'perantara'. Semua yang berlaku itu sudah tertulis oleh Allah untuk terjadi, seperti ayat Allah dalam surah Al-Hajj ayat 70, firman Allah yang bermaksud:-
"Tidakkah engkau tahu bahawa Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu sudah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu amatlah mudah bagi Allah."
Apa jua usaha atau tindakan yang kita ikhtiarkan, ilhamnya datang daripada Allah. Menyalahkan penyebab kepada sesuatu yang terjadi adalah salah. Menunggu qada' dan qadar semata-mata juga adalah silap!. Usaha, redha, sabar dan tawakal kepada Allah adalah asas bagi mukmin yang bertaqwa. Baik buruk yang terjadi selepas itu, tidak boleh kita runguti.
Maka, berusahalah kita untuk mendapat takdir yang terbaik. Berusaha dan mengambil penyebab kepada sesuatu perkara yang terjadi juga termasuk dalam takdir Allah. Kita perlu tahu bahawa diri kita akan sentiasa diuji, maka bersedialah dalam menghadapi ujian. Beruntung bagi mereka yang selalu diberi ujian kerana itu tanda Allah sayang padanya.
Saya terbaca satu kisah pada zaman Rasulullah SAW.
Ketika Rasulullah SAW ditanya, "Apa yang hendak kita lakukan, adakah sudah ditetapkan atau tidak?." Maka baginda menjawab, "Sudah ditetapkan." Dan baginda ditanya lagi, "Mengapa kita mesti berusaha dan tidak pasrah sahaja dengan takdir yang sudah tertulis?." Baginda menjawab, "Berusahalah, masing-masing akan dimudahkan menurut takdir yang telah ditentukan baginya."
[Riwayat Muslim]
Wallahu'alam
Gen-Q