Saturday, December 24, 2011

Matangkah Kita?

Assalamu'alaikum wbt.



boleh dengar tazkirah tentang kematangan di bawah ini. :)

video


Kematangan begitu kuat hubungannya dengan kehidupan kita. Sebahagian kita begitu sensitif apabila ia dituduh tidak matang atau keanak-anakan. Sedangkan kemarahannya pada tuduhan melulu itu sendiri menggambarkan bahawa ia memang tidak matang.


Adakah juga yang begitu bangga kerana merasakan dirinya sudah matang sedangkan kebanggaannya itu menggambarkan bahawa tahap kematangannya masih terlalu rendah.


Ya, tidak dinafikan kematangan itu merupakan sesuatu yang cukup penting. Bahkan kita dihormati, disegani kerana kematangan yang terpamer dalam sikap hidup kita manakala orang lain akan memandang rendah dan menghina kita jika tingkahlaku kita menggambarkan sikap keanak-anakan. 


Jadi, kita tidak dapat menafikan bahawa kematangan itu sesuatu yang cukup penting. Cuma apa yang kita faham tentang kematangan? Adakah kita merasakan ia sebagai simbol kehebatan dan kerendahan? Atau mungkin sebagai tujuan yang ingin kita cari dan kita miliki?


wallahu'alam


sumber dari langitilahi


No comments:

Post a Comment