Saturday, January 28, 2012

4 Bacaan Unik Di Dalam Al-Quran

Assalamu'alaikum wbt.

Hari ni kita dah baca al-Quran? Alhamdulillah, kalau kita cuba meluangkan masa untuk membaca ayat-ayat dari-Nya.

Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Jom kita check apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je. 


1) Surah Huud ayat 41 Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa Bukannya maj + roo + haa ataupun maj + ray + haa. Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة) 

Rujuk link: 
 (minit ke 0:45)

************ 

2) Surah Yusuf ayat 11 Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami." Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu. Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu, seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung. Maka jadilah Laa Tak-man(muncung) na. Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu. Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام 

********** 


3) Surah Fussilat ayat 44 Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja. Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy. Hamzah pertama bermaksud 'adakah'. Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'. 

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy, tetapi lebih kepada Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain. 

Rujuk link: 
(minit ke 3:05) 

**********
 

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4 Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga. 

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah. Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan? Tapi kat sini pelik sikit. Kita kena baca: ii-tuu-nii. Bukannya Uk-tuu-nii.

Rujuk link:
(minit ke 0:51) 


p/s : insya Allah kita perbetulkan apa yang tersalah, tambahkan ilmu apa yang kita tidak tahu =)

wallahu'alam


4 comments:

  1. Alhamdulillah...peringatan yang terbaik...jika tidak mengaji berguru sudah pasti kita tidak dapat membaca Al-Quran dgn betul bertajwid...

    ReplyDelete
  2. Syukran utk perkongsian ilmu dan peringatan yang bermanfaat. baraklallahufik...

    ReplyDelete
  3. Subahanallah... Indahnya Al-Quran

    Manan Qayyim
    Ampang

    ReplyDelete