Monday, February 28, 2011

Berhijab tetapi berbuat dosa?

Assalamu'alaikum wbt.


Saya selalu mendengar ayat ini,"kami x bertudung tapi xde buat jahat pun.Tengoklah perempuan yang bertudung sekarang,'couple' sana sini,buat maksiat,pakai tudung tapi nampak aurat jugak.Baik tak payah bertudung!."Wahai kaum hawa sekalian,kewujudan orang berhijab berbuat dosa bukan alasan untuk kita meninggalkan kewajiban kita!


 Memakai tudung adalah satu kewajiban berhijab dalam Islam bagi wanita yang telah baligh. Hukum ini tiada perselisihan disisi semua ulama daripada keempat-empat mazhab. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam ayat 59 Al-Ahzab dan ayat 31 An- Nur.

Seseorang itu boleh bertudung, tetapi masih melanggar aturan berhijab seperti memakai pakaian ketat atau mendedahkan anggota tubuh yang lain.

Ulama daripada keempat-empat mazhab juga bersepakat bahawa minimum anggota tubuh yang perlu dihijab (tutup) ialah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Bagaimana bentuk atau fesyen bagi menutup tubuh, terserah kepada keadaan dan budaya asal sahaja ia memenuhi syarat berhijab. Sila rujuk syarat-syarat hijab yang sempurna dalam buku Halal dan Haram Dalam Islam oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi.
Meninggalkan kewajiban berhijab/memakai tudung adalah berdosa. Mengingkarinya atau mengejek orang yang memakai hijab pula boleh merosakkan akidah kerana mengingkari sesuatu yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan mengejek-ejek amalan agama. 



Allah swt berfirman yang bermaksud "Sesungguhnya Allah telah mengharamkan keduanya (air dan makanan syurga) daripada orang-orang kafir. (Iaitu) Mereka yg menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau dan kehidupan telah menipu mereka...." (Al-A'araad:50-51).

Bagaimanapun, berhijab adalah salah satu kewajiban daripada banyak kewajipan dalam islam. Berhijab atau tidak berhijab semata-mata tidak menjamin seorang itu masuk syurga atau neraka.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya salah seorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli syurga sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara syurga melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (qadha dan qadar), lalu ia pun mengerjakan dengan amal ahli neraka, maka masuklah dia kedalamnya. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu mengamalkan amalan ahli neraka sehingga tidak ada jarak antaranya dan antara neraka melainkan sehasta, kemudian terdahulu atasnya ketentuan kitab (qadha dan qadar), lalu ia pun mengerjakan dgn amal ahli syurga, maka masuklah dia kedalamnya." (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Seorang itu jika ia sentiasa menjaga akhlaknya serta hatinya daripada sifat-sifat keji, tetapi meninggalkan hijab, ia akan mendapat pahala bagi kebaikan yang ia lakukan dan mendapat dosa kerana meninggalkan hijab dan kewajipan lain, jika ada.

Di akhirat nanti, setiap kita akan dihisab oleh Allah atas seluruh amal kita. Jika seorang wanita berhijab, tetapi dosa-dosanya yang lain memberatkan timbangan dosa, ia akan dicampakkan ke neraka dan wanita yang tidak berhijab walaupun berdosa, tetapi amal kebajikannya lebih berat daripada dosa, ia akan masuk ke syurga. Hakikat ini boleh dipelajari dari hadis Rasulullah saw yang menceritakan seorang pelacur dimasukkan syurga kerana menyelamatkan seekor anjing yang kehausan.

Bagaimanapun, mereka yang mengatakan sedemikian sebenarnya tidak sedar bahawa keengganannya untuk memakai hijab menunjukkan kewujudan unsur-unsur tidak baik dalam hatinya. Hakikatnya seseorang itu tidak mahu berhijab, memberi petanda bahawa dalam hatinya ada keingkaran/tidak redha terhadap hukum Allah atau kelemahan untuk melawan rasa malu atau tekanan persekitaran dan kehendak nafsu untuk berhias atau ego diri. 




Kewujudan wanita yang berhijab, tetapi melakukan dosa-dosa lain tidak boleh menjadi alasan bagi seorang wanita meninggalkan kewajiban berhijab atas alasan 'yang penting hati mahu baik'. Jika alasan ini boleh diterima, maka manusia akan mempunyai alasan bagi meninggalkan semua kewajiban agama.

Setiap kita haruslah mengetahui apakah kewajiban-kewajiban agama yang perlu ditunaikan dan berusaha untuk menunaikannya tanpa melihat perbuatan atau kecacatan orang lain kerana kita dihisab oleh Allah swt atas perbuatan kita sendiri bukan atas perbuatan orang lain. Allah berfirman, "Dan bahawasanya seorang manusia itu tidak memperolehi (pahala atau dosa) melainkan apa yang diusahakannya." (An-Naj:39).

Bagi wanita-wanita yang memakai hijab dan dikatakan sedemikian, hendaklah bersabar, berusaha memuhasabah diri atas kritikan yang dibuat dan tidak pula menghukum wanita yang mengatakan sedemikian dgn kafir, jahil dan cercaan lain. Allah mengajar umat Islam dalam firmannya, "Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan rendah hati dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik," (Al-Furqan:63).

Wanita-wanita yang memakai hijab hendaklah bersyukur atas hidayah yang Allah telah berikan kepada mereka, tetapi tidak pula menjadikan amalan hijabnya satu alasan untuk memandang rendah wanita lain kerana sifat sedemikian adalah keji dan sebahagian daripada penyakit hati.


Sesungguhnya wanita yang bertudung itu teramatlah cantik dan sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat yang berfikiran positif! Saya selalu mengikut prinsip hidup saya iaitu,''biarlah apa orang sekeliling nak cakap tentang diri aku,yang penting aku tahu apa yang aku buat ini adalah untuk menggapai redhaNya~''


wallahu'alam

Monday, February 7, 2011

Keajaiban Arah Lawan Jam?

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman? Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Lihat semua pergerakan ini:


Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.



Pergerakan cytoplasm di dalam sel adalah mengikut arah lawan jam.


Bumi dan bulan berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.

Begitu juga peredaran bulan beredar mengelilingi bumi, dan bumi beredar mengelilingi matahari, mengikut arah lawan jam.



Planet-planet di angkasa juga mengelilingi Matahari dalam gerakan arah lawan jam.



Matahari berputar pada paksinya juga mengikut arah lawan jam.



Tidak dilupakan, galaksi juga bergerak mengikut arah lawan jam.

Lihat pula syarat tawaf dalam ibadah haji, harus mengikut arah lawan jam.



Tawaf dalam ibadah haji, dilakukan mengikut arah lawan jam.

Mengikut artikel "Rahsia Kaabah" yang saya baca di sini, dijelaskan bahawa antara faktor-faktor yang menyebabkan pusaran tenaga sangat besar di Kaabah dan mengapa berdoa di Multazam sangat mustajab ialah kerana arah tawaf mengikut arah lawan jam. Bagaimana?

Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule)

Hukum Tangan Kanan


Dalam fizik, Hukum Tangan Kanan (Right Hand Rule) menerangkan bahawa jika ada sebatang konduktor yang di kelililingi oleh arus yang mengalir mengikutarah lawan jam, maka akan terhasil suatu daya elektromagnetik yang menghala ke atas.

Ketika jutaan orang sedang bertawaf mengelilingi Kaabah, hal ini seperti ada suatu arus elektrik yang besar, terjana daripada bio electrons dalam tubuh manusia, bergerak mengikut arah lawan jam yang mengelilingi Kaabah. Hasilnya ialah gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah.

Jadi dari situlah rahsia mengapa apabila kita berdoa di Multazam sangat mustajab. Ini kerana tenaga dari doa kita menumpang gelombang elektromagnetik yang keluar dari Kaabah. Maka kekuatan doa kita menjadi berlipat kali ganda.

Dalam persoalan mengacau makanan dan minuman mengikut arah lawan jam, saya pernah terbaca bahawa pakar metafizik mengatakan bahawa cara kacau air mengikut arah lawan jam dapat menghasilkan tenaga positif. Mungkin ia menggunakan prinsip yang sama, berpandukan Hukum Tangan Kanan. Sebab itulah banyak terapi melalui minuman selalunya mempunyai arahan supaya dikacau minuman tersebut melalui lawan arah jam. 

Jika ini benar, maka terbuktilah keajaiban sunnah!

wallahu'alam~

Saturday, February 5, 2011

Ayuh semarakkan Maulidur Rasul~!

Alhamdulillah,kini kita telah memasuki bulan Rabiul Awal. Dan sudah semestinya semua umat Islam mengetahui apa yang berlaku dalam bulan Islam ini.Terdapat banyak peristiwa seperti kelahiran junjungan besar kita,Nabi Muhammad SAW,pelantikan nabi menjadi rasul,hijrah,peperangan,kewafatan Rasulullah,kejatuhan empayar kerajaan Islam Sepanyol dan banyak lagi.


Kita sedia maklum bahawa kita akan menyambut sambutan Maulidur Rasul yang mana jatuh pada 12 Rabiul Awal pada setiap tahun. Dan insya Allah kita akan menyambut Maulidur Rasul pada 15 Februari 2011.Apabila kita menyambut Maulidur Rasul,banyak kelebihan yang diperolehi.Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa yang membesarkan hari keputeraanku nescaya aku akan menjadi penolongnya pada hari kiamat dan barangsiapa membelanjakan untuk majlisku seumpama ia membelanjakan emas sebanyak sebuah gunung untuk agama Allah."



Adakah kita pernah mengetahui salasilah Rasulullah SAW secara terperinci? Disini saya kongsikan biodata Rasulullah SAW sebagai pengetahuan kita bersama~

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masihi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ‘
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘ Sirah ‘ , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul ‘ ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘ Hajarul-Aswad ‘ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ‘ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
Menyambut Maulidur Rasul bukanlah untuk menjadikannya salah satu perayaan ibadah tapi hanya sekadar untuk mengingati dan mensyukuri akan kelahiran Nabi kita yang menjadi pembimbing kita keluar dari kegelapan.
Menurut Ibnu al-Hajj, "Menjadi satu kewajiban bagi kita untuk membanyakkan kesyukuran kita kepada Allah setiap hari Isnin bulan Rabi'ul Awal kerana Dia telah mengurniakan kepada kita nikmat yang besar iaitu diutusNya Nabi (s.a.w) untuk menyampaikan Islam kepada kita dan menyebarkan islam.
Dengan adanya sambutan Maulidur rasul maka kita akan dapat memperkenalkan muslimin siapa itu Muhammad dan secara tak langsung kita akan membuatkan hati Muslimin tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) ,meniru akhlak nabi dan meniru segala perbuatan baginda dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diperintahkan oleh Allah di dalam ayat,
"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya".
Sambutan ini dilakukan adalah untuk memperingati hari kelahiran baginda dan ia secara tidak langsung akan membuka ruang bagi kita untuk memperingati perkara-perkara lain yang berkaitan dengan baginda. Apabila ini kita lakukan, Allah akan redha pada kita, kerana kita akan lebih bersedia untuk mengetahui sirah baginda dan lebih bersedia untuk mencontohi dan mengamalkan akhlak baginda dan memperbetulkan kesilapan kita. Itulah sebabnya, kenapa sambutan hari lahir baginda merupakan satu rahmat buat kita semua.Kerana baginda adalah ikutan kita dan ia mempunyai akhlak yang mulia seperti mana Firman Allah didalam Al-Quran, "Sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang mulia" (al-Qalam: 4).
Dalam bulan Rabiul Awal ini juga berlakunya peperangan seperti peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.Setelah hijrahnya Rasulullah dari Makkah ke Madinah bersama-sama para sahabatnya dan diterima baik oleh orang-orang ansar, Islam telah berkembang, tersebar luas dan diterima oleh banyak kabilah-kabilah arab. Kekuatan dan ekonomi Madinah telah menjadi kukuh.  Orang-orang arab Quraisy Makkah tidak senang hati dengan kemajuan ini. Perang Badar merupakan perang pertama yang dilalui oleh umat Islam di Madinah. Ia merupakan isyarat betapa mulianya umat Islam yang berpegang teguh pada tali agama Allah.  Kemenangan besar kaum muslimin tidak terletak pada jumlah tentera yang ikut serta tetapi terkandung dalam kekuatan iman yang tertanam disanubari mereka.  Dengan Keyakinan mereka pada Allah yang sangat kukuh itu, Allah telah menurunkan bantuan ibarat air yang mengalir menuju lembah yang curam.
Lihatlah,betapa tingginya semangat umat Islam dahulu yang sanggup menggadaikan nyawa demi agama tercinta! Kita bagaimana? apakah sumbangan terbesar yang kita lakukan untuk agama Islam? muhasabah diri kita kembali~


Ayuh kita kembali menghayati erti sebenar Maulidur Rasul~! :)

wallahu'alam~

Friday, February 4, 2011

Islah Nafsak

Kenali diri,terima diri seadanya dan PERBAIKI DIRI ~!


Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu'anhu telah berkata:Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S.A.W yang mana dia telah menyatakan tujuannya " Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan sempurnakan diriku di dunia dan akhirat."Maka baginda S.A.W telah berkata kepadanya :" Tanyalah apa yang engkau kehendaki "


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim. 
Baginda S.A.W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim. 


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya. 
Baginda S.A.W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya. 


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil. 
Baginda S.A.W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia. 


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik. 
Baginda S.A.W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia. 


Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisiAllah. 


Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku.
Baginda S.A.W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna. 


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin (baik).
Baginda S.A.W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin. 


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat. 


Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa. 
Baginda S.A.W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa. 


Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya. 
Baginda S.A.W menjawab: Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya. 


Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S.A.W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat.


Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku.
Baginda S.A.W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan) segala dosamu


Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia


Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia.
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa menyerah diri ( tawakkal ) kepada Allah nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia


Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. 
Baginda S.A.W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. 


Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya.
Baginda S.A.W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh mereka. 


Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya. 


Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku. 
Baginda S.A.W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya. 


Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat. 
Baginda S.A.W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat. 


Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S.A.W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan. 


Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala ). 


Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S.A.W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan. 


Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat?
Baginda S.A.W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi (tidak diketahui) dan menghubungkan kasih sayang. 


Dia berkata: Apakah yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S.A.W menjawab : Sabar di dunia dengan bala dan musibah. 


Telah berkata Imam Mustaghfirin:" aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini...
"Kesempurnaan diri muslim" - Hadis Munthahharah.


Mudah-mudahan bermanfaat untuk saya dan kita semua, sebagai pengajaran, peringatan dan teladan kerana kita insan yang lemah.


wallahu'alam :)