Assalamu'alaikum wbt
Dalam kehidupan seharian kita,banyak perkara yang berlaku. Namun apakah kita mengambil pengajaran dari setiap kejadian yang berlaku itu? Kadang saya terfikir,kenapa Allah takdirkan hidup dia begitu? Kenapa Allah takdirkan diri dia jadi begini? Tidak kesiankah Allah menguji dia sedemikian rupa?? Astagfirullahal'adzim! kenapa saya harus menyalahkan takdir yang telah Allah tetapkan.
Jangan salahkan takdir! Saya memetik kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang berkata,"Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan."
Ya,saya akui kita boleh mengubah nasib hidup kita seperti yang dinyatakan dalam surah Ar-Ra'd: 11 "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." Namun,jangan kita berputus harapan dengan menyerahkan segalanya pada takdir.Memang Allah menganjurkan kita untuk menyerahkan segala sesuatu kepada-Nya,namun tawakal tidak bererti hanya berdiam diri dan tidak berusaha.Setiap muslim harus bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna. Kita tidak boleh menyandarkan diri kepada kerja keras dan usaha semata-mata tetapi harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah dan rezeki itu hanyalah dari Allah.
Saya yakin majoriti daripada kita yang tidak menyukai atau tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki. Biasalah,setiap orang mahu apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Tetapi jika kita koreksi diri kembali,apakah semua yang kita impikan itu baik untuk kita? Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)
Marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah,biiznillah.
wallahu'alam

No comments:
Post a Comment