Assalamu'alaikum wbt
Mungkin kita semua pernah mendengar perkataan "ACL Injury" atau tidak pernah langsung mengetahuinya. Tetapi bagi para sains,sudah semestinya mereka lebih arif tentang perkara ini. Saya sendiri baru mengetahui perkataan ini daripada sahabat saya yang menderita sakit ini. Pada mulanya saya berasa agak ngilu apabila membayangkan keadaan orang yang menderita "ACL Injury" ini. Mana tidaknya, cuba bayangkan apabila tulang kita bergesel atau terkehel mahupun patah, sakit bukan? Saya cuba mencari seberapa banyak info mengenai "ACL" ini dan ingin berkongsi bersama anda semua.
Apa itu ACL?
Anterior Cruciate Ligament, atau ACL, adalah satu daripada empat major ligamen pada lutut. ACL adalah kritikal untuk stabilitasi pada lutut, dan seseorang yang mengalami cedera pada ACLnya sering mengeluh tanda-tanda lututnya seperti akan keluar daripada tempatnya.
Jenis-jenis sokongan lutut yang biasa dipakai
Sokongan lutut atau brace boleh memberi perlindungan dan sokongan pada lutut yang tidak stabil. Ia menghalang kecederaan kepada lutut yang sihat dan menyokong lutut yang tidak stabil.
Mungkin kita semua pernah mendengar perkataan "ACL Injury" atau tidak pernah langsung mengetahuinya. Tetapi bagi para sains,sudah semestinya mereka lebih arif tentang perkara ini. Saya sendiri baru mengetahui perkataan ini daripada sahabat saya yang menderita sakit ini. Pada mulanya saya berasa agak ngilu apabila membayangkan keadaan orang yang menderita "ACL Injury" ini. Mana tidaknya, cuba bayangkan apabila tulang kita bergesel atau terkehel mahupun patah, sakit bukan? Saya cuba mencari seberapa banyak info mengenai "ACL" ini dan ingin berkongsi bersama anda semua.
Apa itu ACL?
Anterior Cruciate Ligament, atau ACL, adalah satu daripada empat major ligamen pada lutut. ACL adalah kritikal untuk stabilitasi pada lutut, dan seseorang yang mengalami cedera pada ACLnya sering mengeluh tanda-tanda lututnya seperti akan keluar daripada tempatnya.
Lutut merupakan sendi penghubung di antara tulang paha (femur) dan tulang betis (tibia). Ligamen adalah struktur pada lutut yang memegang tulang femur dan tibia dan menolong mengawal pergerakan sendi. Terdapat dua ligamen yang berada di tengah lutut iaitu anterior cruciate ligament (ACL) dan posterior cruciate ligament (PCL).
ACL adalah salah satu ligamen terpenting pada lutut. Ia berfungsi untuk mengawal sejauh mana tulang tibia bergerak ke hadapan, relatif kepada tulang femur. Jadi, ACL adalah penting bagi mengelak pergerakan yang terlalu ke hadapan yang boleh menyebabkan kecederaan pada struktur lain dalam lutut. Lazimnya, kecederaan ACL berpunca dari pergerakan memusingkan badan secara tiba-tiba dan perlanggaran fizikal.
Kecederaan ACL atau ligament krusiat hadapan pada lutut boleh dialami kepada lelaki atau wanita, terutama yang bermain bola keranjang, bola sepak, ragbi atau futsal.
Pesakit akan merasa sakit lutut. Lutut juga turut bengkak kerana berlaku pendarahan di dalam lutut dan biasanya pemain tidak dapat meneruskan permainan.
Jika lebih 25 peratus ligamen tercedera, seseorang itu akan berasa sakit dan kedudukan lututnya tidak stabil kerana ligamen yang menjadi pemegang antara dua tulang terkoyak.
Pesakit akan merasa sakit lutut. Lutut juga turut bengkak kerana berlaku pendarahan di dalam lutut dan biasanya pemain tidak dapat meneruskan permainan.
Jika lebih 25 peratus ligamen tercedera, seseorang itu akan berasa sakit dan kedudukan lututnya tidak stabil kerana ligamen yang menjadi pemegang antara dua tulang terkoyak.
Apa Itu Rekonstruksi ACL?
ACL yang koyak tidak boleh sembuh dengan sendiri atau dijahit semula. Ia perlu digantikan dengan tisu lain pesakit yang boleh mengambil alih fungsi ACL yang asal.
Tujuan pembedahan di atas adalah supaya tisu yang menggantikan ACL tumbuh pada kedudukan yang sama dengan ACL yang lama dan dengan itu dapat berfungsi sebagaimana biasa.
Matlamat selepas pembedahan, pesakit akan mendapat lutut yang kuat dan stabil serta berupaya membengkokkan lutut secara penuh.
Kebanyakan atlet profesional telah menjalani pembedahan tersebut dan berjaya kembali aktif meneruskan aktiviti sukan masing-masing seperti biasa.
Terdapat beberapa rekonstruksi ACL menggunakan pelbagai jenis tisu (graf) untuk menggantikan ACL.
- Bone-Patella Tendon-Bone (BTB)
Tisu yang menggunakan tulang tempurung lutut dan lekatan tendon adalah graf yang paling lazim digunakan. Ia digunakan dalam rekonstruksi ACL single bundle dan memberikan keputusan yang baik dalam majoriti pesakit.
Pesakit boleh kembali bersukan sepenuhnya selepas lima hingga enam bulan jika pesakit telah tamat menjalani program rehabilitasi/pemulihan.
- Tendon Hamstring
Ini merupakan satu lagi jenis graf yang biasa digunakan dalam rekonstruksi ACL. Tendon hamstring terletak pada sebelah dalam lutut medial/tengah dan digunakan dalam rekonstruksi ACL single atau double bundle.
Kaedah menggunakan graf ini juga kerap digunakan oleh pakar bedah ortopedik.
- Rehabilitasi Perioperatif Rekonstruksi ACL
Pesakit perlu memahami bahawa dalam pemulihan kecederaan lutut, pesakit memerlukan bukan sahaja pembedahan yang berjaya malah program rehabilitasi juga adalah penting dalam memberikan keputusan yang baik.
Dalam program rehabilitasi, interaksi pesakit, doktor dan ahli fisioterapi adalah penting untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
Program rehabilitasi yang dijelaskan di bawah adalah yang dilakukan bagi kecederaan ACL, melibatkan empat fasa.
Program rehabilitasi mungkin berbeza di hospital-hospital lain dan turut bergantung kepada teknik pembedahan yang digunakan oleh doktor merawat.
Kerjasama pesakit dalam menjalani rawatan intensif fisioterapi semasa rehabilitasi adalah penting dan ini akan mempengaruhi pemulihan pesakit.
Sebelum pembedahan rekonstruksi ACL, selalunya doktor pakar yang merawat akan mengenal pasti tahap kerjasama yang ditunjukkan oleh pesakit dalam menjalani rehabilitasi awal.
Pesakit yang menunjukkan komitmen yang tinggi semasa program rehabilitasi akan dipilih untuk menjalani pembedahan.
Ini adalah kerana kejayaan pembedahan ini untuk memulihkan kembali lutut yang tercedera bukan hanya bergantung kepada teknik pembedahan malah turut bergantung kepada komitmen pesakit semasa menjalani rehabilitasi selepas pembedahan.
Empat fasa rehabilitasi rekonstruksi ACL
Kaedah pembedahan rekonstruksi ACL, BTB teknik single bundle atau hamstring teknik double bundle digunakan untuk merawat pesakit.
Program yang dijelaskan di bawah adalah untuk pesakit yang menjalani kaedah pembedahan seperti di atas.
* Sebelum Pembedahan
Program rehabilitasi bertujuan untuk mengurangkan bengkak, mendapatkan pergerakan penuh sendi lutut dan menguatkan otot yang berada di sekitar sendi lutut terutama otot paha (kuadriseps).
Bagi pesakit yang mengalami kecederaan ACL kali pertama, pembedahan rekonstruksi ACL hanya akan dilakukan selepas enam minggu untuk mengelakkan lutut daripada mengalami artrofibrosis (lutut mengeras dan tidak dapat membengkok) jika dilakukan terlalu awal.
* Minggu Pertama Selepas Pembedahan
Program bertujuan mengurangkan kesakitan dan bengkak lutut selepas pembedahan disebabkan oleh pendarahan. Pesakit akan dilatih untuk meluruskan lutut dengan senaman yang sesuai.
Senaman seperti mengangkat kaki secara lurus dan kuadriseps statik adalah penting dimulakan awal supaya lutut tidak akan mengeras dalam keadaan bengkok.
Senaman tersebut juga membantu merangsangkan kuadriseps untuk menjadi kuat dan mengembalikan saiz dan kekuatan asal otot tersebut.
Dalam fasa ini juga pesakit akan dilatih untuk membengkokkan lutut secara berperingkat-peringkat menggunakan senaman yang sesuai dan peralatan seperti pergerakan pasif berterusan (continuos passive motion/CPM).
* Rehabilitasi Bertumpu
Fasa ini melibatkan latihan lutut untuk berada dalam kedudukan lurus, mengawal bengkak lutut, meningkatkan kedudukan lutut semasa membengkok kepada 130 darjah, meningkatkan kekuatan kuadriseps kepada 65 peratus kekuatan otot paha sebelah yang normal dan memulakan aktiviti sukan yang spesifik.
Pelbagai kaedah senaman dan peralatan akan diajar dan digunakan oleh ahli fisioterapi bagi mencapai matlamat di atas.
Kedua-dua fasa di atas adalah penting untuk mengelakkan otot paha daripada mengecut dan mendapatkan kembali pergerakan lutut untuk membengkok.
Pesakit perlu memberikan kerjasama yang baik dan mempunyai keazaman yang kuat untuk kembali aktif.
Sesi fisioterapi adalah penting supaya sebarang masalah dapat dikenal pasti oleh doktor dengan awal dan fisioterapi boleh menggunakan kaedah peralatan dan senaman yang sesuai untuk mengatasi masalah tersebut.
Pesakit akan dibimbing oleh fisioterapi supaya melakukan senaman dengan teknik yang betul dan sesuai.
Selepas rawatan fisioterapi di hospital, pesakit juga perlu melakukan senaman di rumah mengikut kaedah dan bilangan ulangan senaman yang diajar.
Jika teknik yang betul dan bilangan yang diarahkan dibuat oleh pesakit, peralatan seperti perangsang otot-otot elektronik tidak diperlukan untuk menguatkan otot.
Pesakit perlu berbincang dengan doktor jika masih sukar untuk membengkokkan atau meluruskan lutut walaupun telah menjalani program rehabilitasi yang lengkap.
* Aktiviti Spesifik Sukan
Ini melibatkan senaman meluruskan dan membengkokkan lutut secara penuh, meningkatkan kekuatan kuadriseps sehingga 85 peratus kekuatan otot paha yang normal dan aktiviti asal sukan yang diceburi pesakit.
Sebagai contoh, bagi pemain bola sepak, senaman yang diberikan adalah seperti berjoging pada garisan lurus, berjoging dalam pergerakan huruf lapan dan berbasikal.
Bagi senaman yang digunakan setiap fasa, pembaca dinasihat mendapatkan nasihat daripada doktor pakar ortopedik dan fisioterapi mengenai kaedah senaman.
Kesimpulan
Rekonstruksi ACL adalah kaedah pembedahan yang paling berjaya untuk memulihkan lutut yang tidak stabil disebabkan oleh kecederaan ACL.
Kejayaan dalam mendapatkan kembali kekuatan asal lutut dan kembali aktif bersukan memerlukan program rehabilitasi yang intensif.
Kerjasama pesakit dalam melakukan senaman semasa rehabilitasi adalah penting untuk mendapatkan kembali kekuatan dan pergerakan penuh lutut.
Berikut adalah gambar pembedahan untuk membaiki semula ACL:
gambar atas menunjukkan ACL yang koyak dan anda dapat lihat dimana ligamen itu terkoyak
gambar atas adalah selepas pembedahan.lihat ligamen yang baru itu |
Jenis-jenis sokongan lutut yang biasa dipakai
Sokongan lutut atau brace boleh memberi perlindungan dan sokongan pada lutut yang tidak stabil. Ia menghalang kecederaan kepada lutut yang sihat dan menyokong lutut yang tidak stabil.
- Brace lutut berengsel - Ia mempunyai lapisan penguat pada kedua-dua sisi lutut yang dibuat daripada besi dan boleh dibengkokkan pada engselnya. Jenis ini mampu memberi sokongan yang baik kepada lutut
- Sesetengah brace menggunakan engsel boleh laras yang mana titik putaran berubah mengikut pergerakan lutut dengan itu sokongan yang diberikan adalah lebih sempurna. Bagaimanapun tidak ada sokongan yang mampu memberi perlindungan seratus peratus kepada ACL yang mana ia hanya memerlukan beberapa darjah putaran sahaja untuk mencederakannya.
- Penyokong lutut yang distabilkan - Jenis ini mempunyai panel sisi yang diperkuatkan untuk memberi sokongan tambahan berbanding sokongan lutut yang standard. Ia memberi sokongan dari tekanan sisi kepada lutut.
- Penyokong lutut asas - Penyokong lutut jenis asas ini tidak mempunyai bahan sokongan tambahan pada sisinya dan selalunya dibuat daripada bahan neoprene yang boleh simpan haba. Jenis ini hanya memberikan sokongan yang sederhana kepada lutut.
Bagi pengambilan makanan atau suplimen untuk merawat masalah ACL ini,hendaklah bertanyakan kepada doktor yang merawat anda. Saya tidak dapat memberikan cadangan pemakanan kerana ia sangat berisiko tinggi jika anda mengikut apa yang saya cadangkan.hehe :P
Semoga info yang saya kongsikan ini serba sedikit dapat memberi pengetahuan kepada anda.
wallahua'alam
Semoga info yang saya kongsikan ini serba sedikit dapat memberi pengetahuan kepada anda.
wallahua'alam