Monday, August 1, 2011

Kehadiranmu Yang Ku Rindu

Assalamu'alaikum wbt
Bulan Ramadhan bulan yang berkat
Bulan rahmat dan bulan utama
Pahala digandakan, doa diterima
Bulan Lailatul Qadar yang istimewa

Isilah bulan ini, banyakkan amalan
Beribadah malam, siang berpuasa
Banyakkanlah sedekah jangan dikira
Moga ia menjadi penebus dosa
Membaca Al-Quran jangan dilupakan
Zikir dan Tasbih elok disertakan

Ya, bulan yang semua umat Islam nanti-nantikan..MARHABAN YA RAMADHANKalau dulu berpuasa di asrama (walaupun setahun sahaja), saya berasa amat seronok kerana dapat berbuka bersama rakan-rakan yang lain,sediakan makanan untuk berbuka puasa,bertadarus bersama dan segala yang kami buat adalah BERSAMA! Rindu sangat-sangat suasana di asrama. Walaupun keluarga berada jauh, tetapi saya tidak berasa sunyi kerana dikelilingi rakan-rakan yang sangat penyayang, mengambil berat dan sanggup bersusah payah untuk saya. Alhamdulillah ya Allah!


Tetapi ramadhan tahun ini berlainan bagi saya. Tatkala rakan-rakan lain menjalani ibadah puasa di universiti dan terpaksa survive sendiri, saya berasa amat bersyukur kerana dapat menjalani ibadah puasa bersama ahli keluarga tercinta. (jangan jeles ye kawan-kawan~ :P )


Tahun ini umat Islam mula berpuasa pada 1 Ogos 2011, iaitu malam Isnin (kalau ikut tarikh Islam 31 Julai 2011 hari Ahad dah dikira 1 Ramadhan), dan insya Allah kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 30 Ogos 2011. Wahh,terlalu awal untuk saya bercerita tentang hari raya~! :P


Apa azam anda untuk Ramadhan tahun ini ya? Cepat-cepat pasang niat tapi kena pastikan kita laksanakan niat yang telah dibuat itu,insya Allah.


Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (surah Al-Baqarah: 183)


Apa bezanya bulan Ramadhan dengan bulan-bulan yang lain? Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti“panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud“menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai“hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Pada bulan Ramadhan umat Islam diwajibkan berpuasa kerana dengan puasalah nafsu akan terdidik. Bahkan dengan rahmat Allah S.W.T di bulan ini segala syaitan dan iblis dibelenggu dan Allah juga membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka. Maka dalam situasi demikian kita hendaklah mengambil peluang untuk menguatkan jiwa dan rohani dengan mengerjakan amal ibadah seperti sembahyang tarawih dan membaca Al Quran sesuai dengan kemuliaan dan kebesaran bulan tersebut.

Untuk kita mengecapi kemanisan Ramadhan, kita perlu ada panduan dan pedoman yang perlu diselitkan supaya puasa kita diberkati Allah. 

  • awasi diri agar sentiasa menjaga perkara wajib dan fardhu
  • perbanyakkan amalan-amalan sunat yang mampu menampung dosa dan kesumat
  • hindari diri ke jurang perbuatan haram kerana ianya mampu memusnahkan binaan amalan kebaikan
  • elakkanlah diri daripada melakukan perkara makruh kerana Allah membencinya
  • di bulan yang mulia ini marilah kita menghayati dan meneliti kebesaran Allah yang maha luas
Di bulan yang Barakah ini ayuh kita perbaiki diri kita ke arah daerah yang lebih terarah iaitu ke landasan ajaran Islam yang sebenar. Ramadhan ini boleh dikatakan sebagai madrasah tarbiyah, iaitu daripada yang kurang baik selepasnya kita menjadi seorang yang lebih baik! insya Allah.


Sahur yang paling afdhal jika dilambatkan mendekati azan Subuh. Zaid bin Thabit r.a. pernah makan sahur bersama Rasulullah s.a.w. dan ketika beliau ditanya : Berapa lamakah jarak antara sahur Rasulullah s.a.w. dengan azan Subuh. maka beliau menjawab : ”(Membaca) Lima puluh ayat Al-Quran.” 
( H.R. Bukhari dan Muslim )

Ramadhan penghapus dosa yang lalu. Daripada Abu Hurairah r.a. katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :  ”Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan kerana dorongan imannya dan mengharap balasan pahala, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.”( H.R. Ahmad dan Ashaab Al-Sunan )

Bagi yang telah lupa niat puasa, (maklumlah,puasa setahun sekali kan), disini saya ingatkan kembali niat puasa. Bagi yang takut terlupa untuk niat setiap hari, maka niatlah terus untuk sebulan ramadhan.

Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.
Semoga ibadah dan amalan kita diterima dan diberkati Allah serta berdoalah agar kita dapat merasai malam lailatul Qadar iaitu malam kemuliaan yang lebih baik dari 1000 bulan.



SALAM AL-MUBARAK!
wallahu'alam

No comments:

Post a Comment