Monday, May 20, 2013

Kaki Wanita : Adakah Aurat?

Assalamu'alaikum wbt.

Allahu,setelah sekian lama blog ini tidak memberi apa-apa perkongsian kepada para sahabat yang lain. Asif jiddan, saya tidak berkesempatan untuk meluangkan masa ber'blogging' sejak awal tahun. Alhamdulillah, saat ini diberi kelapangan waktu untuk meneruskan dakwah pena saya. Moga Allah redha.

Sebelum ini, banyak soalan yang saya terima daripada rakan-rakan tentang aurat wanita,terutamanya bab kaki. Ramai yang bertanya, adakah kaki itu aurat atau tidak. Hasil pembacaan saya dan rujukan daripada golongan yang berilmu,saya akan kongsikan kepada sahabat sekalian tentang aurat kaki wanita. Insya-Allah.

Sebelum itu, ada perbandingan daripada mazhab utama dalam bab aurat kaki ini.

Maliki, Syafi'e dan Hanbali sepakat mengatakan bahawa seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka dan telapak tangan.
Hanafi pula mengatakan bahawa seluruh bahagian tubuh wanita itu aurat kecuali muka, telapak tangan dan telapak kaki.

Berdasarkan pendapat mazhab, jumhur ulama' berpendapat kaki wanita itu adalah aurat, tiada lagi keraguan padanya terutamanya dalam solat. Hanya pendapat mazhab Hanafi sahaja berpendapat bahawa kaki bukan aurat.


Allah berfirman yang bermaksud:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: hendaklah mereka menahan pandangannya dan kemaluannya, serta janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya." [An-Nur 24:31]

Apakah yang dimaksudkan dengan "yang biasa nampak daripadanya?" Sa'id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa maksud ayat tersebut ialah wajah dan kedua-dua tapak tangan. (tafsir Al-Quran al-Azim)

Pendapat yang sama turut dikongsi oleh al-Dahhak dan al-Auza'i, namun ada beberapa sahabat seperti Ibn Mas'ud yang berpendapat ia bermaksud pakaian. Ini disokong oleh sebuah hadis, tatkala Asma' binti Abu Bakar masuk ke tempat Rasulullah SAW berada sedangkan dia memakai pakaian sedikit nipis. Rasulullah SAW lalu berpaling daripada memandangnya sambil bersabda yang bermaksud:
"Wahai Asma', sesungguhnya seseorang wanita itu apabila telah baligh (haid), maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini." Rasulullah SAW sertakan lafaznya "ini dan ini" dengan mengisyaratkan wajah dan kedua-dua tapak tangan. (Riwayat Abu Daud)

Walaupun hadis ini mempunyai beberapa kecacatan yang dipertikaikan oleh ulama', disini jelas juga satu lagi faedah yang boleh digali dari hadis ini, bahawa lelaki dan wanita perlu memainkan peranan yang bersifat "simbiosis", bantu-membantu ke arah kebaikan dan takwa.

Peranan wanita ialah mengetahui secara teori segala permasalahan berkaitan aurat dan seterusnya mengamalkannya secara konsisten. Lelaki pula berperanan memberi nasihat kepada wanita disekitarnya terutamanya peranan mereka mengelakkan ahli keluarga mereka daripada terhumban ke dalam neraka, di samping menundukkan pandangan bagi menjaga mata dan hati.

Namun saya percaya, ada wanita yang mengalami masyaqqah (kesulitan) menutup kaki sama ada dengan berstoking, memakai kasut bertutup atau dengan melabuhkan pakaian mereka sehingga menutup kaki. Wanita harus faham disini, konsep menutup kaki tidak hanya tercapai dengan memakai stoking sahaja. Konsep pakaian labuh seperti abaya yang biasa dipakai oleh wanita Arab mempunyai maqasid menutup kaki apabila mereka memakainya labuh sehingga berjela-jela, namun tidak sampai ke tahap berbangga-bangga dengan pakaian labuh.

Memakai kasut bertutup pada waktu hujan tanpa perlu memakai stoking juga boleh diterima dari segi praktis, asalkan tujuan asal menutup aurat mampu dicapai. Tiada lagi istilah stoking basah berkali-kali sehari.

Jika berada di rumah terutamanya di kampung, kadangkala susah nak menutup kaki dengan kehadiran sepupu, saudara-mara dan sebagainya. Kan? Dalam situasi seperti ini, mujahadahlah sedikit dengan meminimumkan kaki terdedah walaupun diberi beberapa kelonggaran jika berada di dalam rumah. Dalam konteks keluarga besar yang memahami syariat Islam, pengasingan lelaki dan wanita bukan mahram boleh membantu.

FIrman Allah yang bermaksud:
"Hai anak Adam, sesungguhnya kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat." [Al-A'raf 7:26]

Takwalah yang memotivasikan wanita sama ada patuh atau angkuh dengan suruhan Allah SWT ini. Tepuk dada tanya iman. Jika iman masih malap, terangkan hati dengan ilmu dan amal.



Wallahu'alam

SOLUSI

6 comments:

  1. Leggings itu LUCAH. Sebarkan fakta ini kepada anak bini rakan taulan kita. Jangan pakai Leggings di tempat awam.
    http://leggingseksi.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Thanks for the informations. Saya memang sangat perlukan maklumat tentang ini :)
    Err, tapi..boleh tak kalau diterangkan dengan lebih terperinci tentang kewajipan memakai stoking ketika berada di dalam rumah atau kampung yang dipenuhi dengan saudara-mara termasuk saudara lelaki yang bukan mahram? Apa contoh bagi kita meminimumkan kaki yang terdedah daripada dilihat? Terima kasih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Amira. Maaf lambat reply, baru perasan komen awak ni. :)
      Tentang aurat kaki bila kita di kampung contohnya, yang dipenuhi sedara mara lelaki dan lain2, memang kita wajib untuk memakai stoking. Tapi jika kita dirumah sendiri, ada kelonggaran/ keringanan yang Islam berikan iaitu, kita boleh x pakai stoking depan sedara mara lelaki, abang ipar atau adik ipar kita sebab kita berada dirumah sendiri. Dan jika kita duduk di rumah abang ipar contohnya, dalam suatu tempoh masa yang lama, maka dibolehkan juga kita x pakai stoking. Itu mengikut pembacaan dan kefahaman saya.

      wallahu'alam. :)

      Delete
  3. Ok kaki tu khilaf... Alhamdulillah

    ReplyDelete