Assalamu'alaikum wbt
Bila kita baca sahaja tajuk di atas, sudah tentu kita tahu bahawa itu adalah potongan ayat dari surah Ar-Rahman dan di dalamnya terdapat 31 ayat yang Allah nyatakan berulang kali iaitu,"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?". Hati saya bergetar apabila membaca ayat ini. Terasa diri ini teramat kerdil di hadapanNya. Kita(termasuk saya) jarang bersyukur dengan apa yang kita miliki selama ini. Bila kita kehilangan sesuatu,ketika itu barulah terasa menyesal kerana tidak menjaganya dengan baik. Begitulah sikap kita,astagfirullahal'adzim.
Allah SWT memasukkan manusia ke dalam syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmatNya. Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Bukanlah amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka." (Riwayat Muslim)
Kalaulah rahmat Allah menjadi sebab kita ke syurga, maka itulah yang patut kita usahakan. Apa pun yang kita buat atau kita amalkan mestilah untuk menagih dan mendapat rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk beramal dan berjuang mestilah juga untuk meraih rahmatNya. Dorongan untuk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah serta takut Allah murka kepada kita.
Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat Tuhan, kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tiada apa lagi yang kita perlukan kalau kita sudah mendapat kasih sayangNya.
Ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT Maha Pemberi rahmat(kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya melebihi sayang seorang ibu kepada anaknya. Saya ingin berkongsi suatu video yang bagi saya sangat menginsafkan dan membuatkan saya sebak dan menangis. Sambil melihat video ini,saya teringat akan sabda Rasulullah SAW iaitu," Lihatlah orang yang dibawah(susah) kalian dan janganlah kalian melihat orang diatas(senang) kalian. Sesungguhnya itu lebih baik agar kalian tidak memandang rendah atas nikmat Allah yang diberikan kepada kalian." (HR Bukhari)

Bersyukurlah hanya pada-Nya
Semua memuji keagungan-Nya
Bersyukurlah atas nikmat-Nya
Ungkapkan rasa cinta pada-Nya
Kita di dunia hanya sementara
Mencari jalan menuju sorga-Nya
Bersihkan hati bila kita berdosa
Ikhlaskan hati berserah kepada-Nya
Semua memuji keagungan-Nya
Bersyukurlah atas nikmat-Nya
Ungkapkan rasa cinta pada-Nya
Kita di dunia hanya sementara
Mencari jalan menuju sorga-Nya
Bersihkan hati bila kita berdosa
Ikhlaskan hati berserah kepada-Nya
* Lihat dan hayati dengan mata hati. wallahu'alam
air mata menitis tengok video ni T___T
ReplyDelete