Showing posts with label rahmat. Show all posts
Showing posts with label rahmat. Show all posts

Thursday, September 27, 2012

Langkah Tercipta

Assalamu'alaikum wbt

Kita sebagai manusia biasa dan hamba Allah yang kerdil, tak mampu untuk menanggung dugaan yang berat. Tapi bila Allah uji sedemikian rupa, adakah pantas untuk kita menolaknya? Siapa kita untuk menolak ujian yang Allah berikan itu? Ketika diri dihimpit pelbagai masalah, fikiran ini terus teringat kata-kata Allah dalam surah Ar-Rum ayat 36-37 yang bermaksud:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."


Allahu akhbar! Menitis air mata ini tatkala teringat kata-Mu itu. 
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4) 
Sekarang, persoalkan diri kita sendiri, mana bukti keimanan kita? Adakah layak kita mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kita tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimanan kita? Allahurabbi.
Lalu diri ini terdengar lagu yang sangat memberi kesan yang mendalam kepada hati yang sedang rapuh ini. Allahu Allah! Subhanallah! Sesungguhnya Allah tidak membiarkan diriku keseorangan. Dia selalu ada,cuma Dia ingin menguji tahap keimananku. Allahu! :')
Langkah Tercipta-UNIC
Semalam aku kelukaan,

Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,

Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan

Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan

Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
pada-Mu ku meminta

Dan ku mohon agung kudrat-Mu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dari-Mu 



wallahu'alam

Friday, September 16, 2011

Maka Nikmat Tuhan Yang Manakah Kamu Dustakan?

Assalamu'alaikum wbt


Bila kita baca sahaja tajuk di atas, sudah tentu kita tahu bahawa itu adalah potongan ayat dari surah Ar-Rahman dan di dalamnya terdapat 31 ayat yang Allah nyatakan berulang kali iaitu,"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?". Hati saya bergetar apabila membaca ayat ini. Terasa diri ini teramat kerdil di hadapanNya. Kita(termasuk saya) jarang bersyukur dengan apa yang kita miliki selama ini. Bila kita kehilangan sesuatu,ketika itu barulah terasa menyesal kerana tidak menjaganya dengan baik. Begitulah sikap kita,astagfirullahal'adzim.


Allah SWT memasukkan manusia ke dalam syurga hanya kerana kasih sayang dan rahmatNya. Dari Jabir r.a katanya, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:"Bukanlah amal seseorang yang memasukkannya ke syurga atau melepaskannya dari neraka, termasuk juga aku, tetapi ialah semata-mata rahmat Allah SWT belaka." (Riwayat Muslim)


Kalaulah rahmat Allah menjadi sebab kita ke syurga, maka itulah yang patut kita usahakan. Apa pun yang kita buat atau kita amalkan mestilah untuk menagih dan mendapat rahmat Allah. Dorongan bagi kita untuk beramal dan berjuang mestilah juga untuk meraih rahmatNya. Dorongan untuk menjauhkan maksiat dan kemungkaran mestilah kerana takut tersisih dan terlepas dari kasih sayang dan rahmat Allah serta takut Allah murka kepada kita.


Kalaupun kita dapat mengumpulkan sebanyak-banyak pahala, apalah ertinya kalau kita tidak mendapat rahmat Tuhan. Tetapi kalau kita mendapat rahmat Tuhan, kita sebenarnya telah mendapat segala-galanya. Tiada apa lagi yang kita perlukan kalau kita sudah mendapat kasih sayangNya.


Ketahuilah, sesungguhnya Allah SWT Maha Pemberi rahmat(kasih sayang). Bahkan sayangNya terhadap hamba-hambaNya melebihi sayang seorang ibu kepada anaknya. Saya ingin berkongsi suatu video yang bagi saya sangat menginsafkan dan membuatkan saya sebak dan menangis. Sambil melihat video ini,saya teringat akan sabda Rasulullah SAW iaitu," Lihatlah orang yang dibawah(susah) kalian dan janganlah kalian melihat orang diatas(senang) kalian. Sesungguhnya itu lebih baik agar kalian tidak memandang rendah atas nikmat Allah yang diberikan kepada kalian." (HR Bukhari)



Bersyukurlah hanya pada-Nya
Semua memuji keagungan-Nya
Bersyukurlah
 atas nikmat-Nya
Ungkapkan rasa cinta pada-Nya
Kita di dunia hanya sementara
Mencari jalan menuju sorga-Nya
Bersihkan hati bila kita berdosa
Ikhlaskan hati berserah kepada-Nya

* Lihat dan hayati dengan mata hati. wallahu'alam