Sunday, January 29, 2012

"Of Course,I'm Valuable!"

Assalamu'alaikum wbt


Bila saya melihat video yang mengisahkan seorang pelajar Islam Malaysia yang sedang belajar di Kanada ditemu ramah oleh wartawan di negara tersebut, saya berasa sangaaaaatttt kagum dengan beliau! Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil 'adzim!! Tiada kata yang mampu saya ucapkan selain merasa bangga dengan kekuatan dan ketabahan beliau yang 'berniqab'. Beliau sering di pandang rendah,dianggap sebagai 'alien' dan dipandang serong oleh masyarakat disana.


Beliau juga pernah dihalau oleh seorang warga Kanada disana yang mengatakan padanya, " go back to your home.You are insulting Canadians..why you want to wear it, you looks like a ghost.."


Namun beliau tidak berasa terhina dengan kata-kata mereka. Malah itu menguatkan lagi keimanannya kepada Allah SWT. Kata beliau lagi, dengan berniqab dia berasa lebih bersemangat untuk berjuang dan berusaha serta cuba berniat ikhlas dan suci semata-mata kerana Allah dan bukan kerana manusia.


Kalau saya cerita keseluruhan, macam tak best pula kan. Apa kata sahabat lihat sendiri video di bawah ini. Saya memetik ayat dalam surah An-Nur ayat 31 yang bermaksud;


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” 





Juga saya sertakan link untuk sahabat membaca dengan lebih lanjut mengenai niqab.

wallahu'alam

Saturday, January 28, 2012

4 Bacaan Unik Di Dalam Al-Quran

Assalamu'alaikum wbt.

Hari ni kita dah baca al-Quran? Alhamdulillah, kalau kita cuba meluangkan masa untuk membaca ayat-ayat dari-Nya.

Di dalam al-Quran ada 4 tempat bacaan yang unik sedikit berbanding bacaan biasa. Jom kita check apa bacaan yang selama ni kita sedar ke tak betul salahnya. Jangan main langgar je. 


1) Surah Huud ayat 41 Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa Bukannya maj + roo + haa ataupun maj + ray + haa. Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة) 

Rujuk link: 
 (minit ke 0:45)

************ 

2) Surah Yusuf ayat 11 Asal perkataan tersebut ialah 'tak-ma-nu-na', yang bermaksud, "Tidak percayakan kami." Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu. Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktu nun sabdu, seolah-olah kita nak sebut 'tak-ma-nu-na' tetapi 'nu' itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung. Maka jadilah Laa Tak-man(muncung) na. Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu. Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام 

********** 


3) Surah Fussilat ayat 44 Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja. Asal perkataan ini ialah a-a'-ja-miy. Hamzah pertama bermaksud 'adakah'. Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab: A'jamiy - yang bermaksud 'orang bukan Arab'. 

Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a'jamiyy, tetapi lebih kepada Aaa'jamiyyuw wa 'arabiyy Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan 'ain. 

Rujuk link: 
(minit ke 3:05) 

**********
 

4) Surah al-Ahqaaf ayat 4 Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga. 

Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah

Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atas juga, tapi dibaca dengan baris bawah. Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan? Tapi kat sini pelik sikit. Kita kena baca: ii-tuu-nii. Bukannya Uk-tuu-nii.

Rujuk link:
(minit ke 0:51) 


p/s : insya Allah kita perbetulkan apa yang tersalah, tambahkan ilmu apa yang kita tidak tahu =)

wallahu'alam


Friday, January 27, 2012

Berhati-hati Dengan Hadith Palsu

Assalamu'alaikum wbt.
Pernah tak sahabat membaca atau mendengar hadith ini?


“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas mimbar ini : Hendaklah kamu sekalian menjauhi (daripada) terlalu banyak menyampaikan hadith daripada aku. Maka barangsiapa yang menyampaikan sesuatu (hadith) daripadaku – hendakah dia menyatakan yang sebenar-benarnya (sahih). Dan barangsiapa yang mengada-adakan dusta atas namaku padahal aku tidak (pernah) mengatakannya – maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di neraka” [Sunan Ibnu Majah – no: 035]

Rasulullah SAW menegaskan bahawa kita harus mengetahui terlebih dahulu apakah sumber periwayatan serta kedudukan/status sanad hadith (sekadar mampu) tersebut sebelum menyampaikannya kepada orang. Kita tidak boleh sesuka hati menyebarkan hadith palsu kerana Allah telah menjelaskan:

“Dan (diharamkan-Nya) kamu mempersekutukan Allah dengan apa yang Allah tidak turunkan sebarang bukti (dalil yang membenarkannya) dan (diharamkan-Nya) kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak tahu” [Surah al’Araf : 33]

Saya ingin berkongsi satu hadith palsu dan diharap agar sahabat yang membaca dapat menyebarkannya dan memberitahu bahawa hadith ini adalah palsu. Jahilnya kita jika mempercayainya!

Cuba lihat kalendar untuk tahun 2012… 1 Ramadhan pada tahun 2012 jatuh pada 20 Julai iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan 15 Ramadan juga pada hari Jumaat. Sama dengan satu hadis Nabi SAW tentang huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan Ramadhan iaitu hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. Huru hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur…

Satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 shj. ( Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 satu planet yg yang dikenali planet X akan melintasi bumi ) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu? Adakah peristiwa itu akn berlaku pada 2012?? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi SAW di bawah.

Dari Nu’aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan itul…”. Kami bertanya: “Suara apakah, ya Rasulullah? ” Beliau menjawab: “Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan solat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: ” Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus “, kerana barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa”. (Al Hadis)

Jawapan dari JAKIM:

Hadith ini mengikut Dr Fahd Salman Audah adalah Do’if Jiddan (SANGAT LEMAH) atau Maudu’ (PALSU) .
Tidak boleh langsung berhujjah dengannya. Hadith ini memang sudah banyak tersebar secara meluas. Salah seorang perawi hadith ini ialah Nuaim bin Hammad. Ramai ahli ilmu yang menyatakan hadith yang diriwayatkan oleh Nuaim bin Hammad dalam Musonnifnya berkaitan cerita-cerita berkenaan kisah akhir zaman adalah adalah Munkar. Berkata Imam Az-Zahabi dalam kitab Siar A’lam Nubala’ ; "Tidak boleh seorangpun berhujah dgn hadith Nuaim bin Hammad kerana dia telah mengarang kitab tentang fitnah akhir zaman dengan mendatangkan keajaiban2 dan banyak yang dibawanya adalah Munkar."

Dia banyak mengambil hadith dari Kaab bin al-Ahbar yang dikenali kerana berpegang dengan kitab-kitab Israiliyyat.Dia juga banyak mengambil hadith dari orang2 yang tidak dikenali dan diragui. Begitu juga dgn Abdul Wahhab salah seorang perawi hadith ini mengikut Al-Hakim dalam Lisanul Mizan adalah orang yang tidak diketahui (majhul).

Bahagian Penyelidikan JAKIM
Cawangan Akidah.

Astagfirullahal 'adzim! Menyebarkan sesuatu hadith sekalipun dengan tujuan yang baik sedangkan telah jelas akan kelemahan atau kepalsuannya di sisi para ilmuan adalah tidak dibenarkan. Ini berdasarkan kepada sebuah hadith Rasulullah SAW:


“Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith mengenaiku sedangkan dia mengetahui kepalsuannya maka dia tergolong (dalam kalangan) orang-orang yang berdusta” [Diriwayatkan oleh Muslim 1/222 – no :1]

wallahu'alam

Saya Perlukan Awak





Apalah sangat pandangan orang jika nak dibandingkan dengan pandangan Allah??

Kita manusia, 
kekadang kita kuat, kekadang kita lemah...
Kekadang kita ingat, kekadang kita lupa...

Sebab itu kita perlukan rakan yang selalu mengingatkan,
yang selalu memberi kita semangat dan dorongan....

Kita semua masih belajar, masih membentuk diri....
Perlukan sokongan yang kuat untuk berpaut,
kata-kata semangat menjadi pendorong.....

Memerlukan rakan yang bagai dahan yang kuat,
untuk kita terus tegar berpaut...Bukan dahan yang rapuh.. ;)



wallahu'alam

Tuesday, January 3, 2012

Sudah Sedia Ke Sekolah?

Assalamu'alaikum wbt.


Esok, 4 Januari 2012 sesi persekolahan akan bermula. Ramai yang 'excited', 'nervous' dan segala macam perasaan. Ya lah, alam persekolahan adalah antara zaman yang paling berharga/seronok kepada kita (saya terutamanya). Maka, apa persediaan kita untuk menempuhi sesi persekolahan? Sebelum itu, saya yakin majoriti sudah memasang niat dan azam untuk berjaya dalam pelajaran. Begitu juga saya,insya Allah. Saya mahu kongsikan persediaan awal dalam belajar dan menghadapi peperiksaan. Semoga kita bersama-sama mengikutinya sebagai persediaan awal pembelajaran supaya nanti kita tidak tergopoh-gapah atau kelam-kabut bila peperiksaan menjelma kelak. 



PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
  • Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
  • Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
  • Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
  • Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya. (saya~ >.<)
  • Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
  • Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.
wallahu'alam

Monday, January 2, 2012

Mencabar Yang Maha Esa!

Assalamu'alaikum wbt.


Menegur bukan bermakna membenci. Menegur bukan bermaksud untuk tunjuk bagus. Menegur juga bukan bermaksud mencari kesalahan. Tetapi menegur adalah kerana kasih-sayang! Mengapa kau mudah melenting saat aku cuba menegur dan menasihatimu? Bukankah manusia itu memang selalu berbuat khilaf? 


Kau memerlukan orang disekelilingmu untuk menegur dirimu kerana kau mungkin tidak nampak dan tidak tahu di mana silapmu. Buanglah egomu jauh-jauh! Cubalah bersikap 'open-minded' dan berlapang dada atas teguran orang lain. Aku bukan mahu merendah-rendahkan kamu tetapi aku mahu menyedarkan dirimu dan membawamu bersama menuju redha-Nya. Bukankah beruntungnya kita andai ada yang mahu menasihati kita?




Aku menasihatimu berkenaan aurat, namun kau mengatakan ''belum sampai seru.."
Aku menasihatimu agar menjaga batas pergaulan, namun kau mengatakan "alah,kawan je pun.."
Aku menasihatimu supaya jaga solat, namun kau mengatakan "kubur masing-masing.."


Demi Allah, aku menyayangimu wahai sahabat! Aku tak sanggup andai kau tersasar ke jalan gelap. Namun hatimu masih keras,egomu masih meninggi langit. Allah SWT menyuruh kita untuk saling menyayangi antara satu sama lain. 

Sungguh kucoretkan ini, agar runtuh ego. Usah berani mencabar Pencipta sendiri, usah menunjuk kehebatan melanggar suruhan. Sedangkan kaki sendiri berpijak di bumi Tuhan. Usah berdegil mentaati-Nya. Andai diri sendiri juga tidak mampu mengelak dari bahang api neraka, di sana nanti.
Andai saat ini terdetik di hati ingin berubah, berubahlah dengan segera,
Kerana Malaikat Izrail itu tak akan menunggu,
Tidak peduli akan rayuan,
Walau sesaat, meminta penangguhan,
Daripada nyawa ditarik.
Wahai hamba,
Usah derhaka kepada Pencipta,
Kamu punya pilihan untuk ke syurga,
Lalu mengapa lebih memilih haluan ke neraka?
Wahai hamba,
Seandainya dirimu benar yakin,
Walau terusan melanggar perintah-Nya,
Kamu bisa lari daripada api neraka yang membahang,
Baik, teruskan.
Di dunia, jadilah pencabar terhebat Penciptamu sendiri,
Mungkinkah kamu bisa lagi begitu di Akhirat sana?
Pesanku, berubahlah.
Itupun andai benar kamu yakin di sana adanya syurga dan neraka.
Jika tidak, teruskan mencabar Dia. Kamu hebat. Syabas.
Biar aku dibenci,
Kerana kelantanganku bersuara,
Hanya Allah SWT tahu apa dalam hati ini,
Betapa sayangnya diriku kepadamu.
Aku sudah cuba membantu,
Kerana sayangnya diri ini kepadamu,
Namun kini aku hanya mampu membatu,
Kerana pilihan segalanya di tanganmu.
Istighfarlah.
wallahu'alam