Monday, January 2, 2012

Mencabar Yang Maha Esa!

Assalamu'alaikum wbt.


Menegur bukan bermakna membenci. Menegur bukan bermaksud untuk tunjuk bagus. Menegur juga bukan bermaksud mencari kesalahan. Tetapi menegur adalah kerana kasih-sayang! Mengapa kau mudah melenting saat aku cuba menegur dan menasihatimu? Bukankah manusia itu memang selalu berbuat khilaf? 


Kau memerlukan orang disekelilingmu untuk menegur dirimu kerana kau mungkin tidak nampak dan tidak tahu di mana silapmu. Buanglah egomu jauh-jauh! Cubalah bersikap 'open-minded' dan berlapang dada atas teguran orang lain. Aku bukan mahu merendah-rendahkan kamu tetapi aku mahu menyedarkan dirimu dan membawamu bersama menuju redha-Nya. Bukankah beruntungnya kita andai ada yang mahu menasihati kita?




Aku menasihatimu berkenaan aurat, namun kau mengatakan ''belum sampai seru.."
Aku menasihatimu agar menjaga batas pergaulan, namun kau mengatakan "alah,kawan je pun.."
Aku menasihatimu supaya jaga solat, namun kau mengatakan "kubur masing-masing.."


Demi Allah, aku menyayangimu wahai sahabat! Aku tak sanggup andai kau tersasar ke jalan gelap. Namun hatimu masih keras,egomu masih meninggi langit. Allah SWT menyuruh kita untuk saling menyayangi antara satu sama lain. 

Sungguh kucoretkan ini, agar runtuh ego. Usah berani mencabar Pencipta sendiri, usah menunjuk kehebatan melanggar suruhan. Sedangkan kaki sendiri berpijak di bumi Tuhan. Usah berdegil mentaati-Nya. Andai diri sendiri juga tidak mampu mengelak dari bahang api neraka, di sana nanti.
Andai saat ini terdetik di hati ingin berubah, berubahlah dengan segera,
Kerana Malaikat Izrail itu tak akan menunggu,
Tidak peduli akan rayuan,
Walau sesaat, meminta penangguhan,
Daripada nyawa ditarik.
Wahai hamba,
Usah derhaka kepada Pencipta,
Kamu punya pilihan untuk ke syurga,
Lalu mengapa lebih memilih haluan ke neraka?
Wahai hamba,
Seandainya dirimu benar yakin,
Walau terusan melanggar perintah-Nya,
Kamu bisa lari daripada api neraka yang membahang,
Baik, teruskan.
Di dunia, jadilah pencabar terhebat Penciptamu sendiri,
Mungkinkah kamu bisa lagi begitu di Akhirat sana?
Pesanku, berubahlah.
Itupun andai benar kamu yakin di sana adanya syurga dan neraka.
Jika tidak, teruskan mencabar Dia. Kamu hebat. Syabas.
Biar aku dibenci,
Kerana kelantanganku bersuara,
Hanya Allah SWT tahu apa dalam hati ini,
Betapa sayangnya diriku kepadamu.
Aku sudah cuba membantu,
Kerana sayangnya diri ini kepadamu,
Namun kini aku hanya mampu membatu,
Kerana pilihan segalanya di tanganmu.
Istighfarlah.
wallahu'alam

2 comments:

  1. sebagai sahabat dan sebagai seorang islam.. menegur adalah tanggungjawab kita bila berlakunya kemungkaran didepan mata kita. untuk dia menerima atau tidak itu terpulang. tapi semestinya kita mengharap kan perubahan dan sifat keterbukaannya untuk menerima teguran itu. kalau tiada perubahan. kita hanya mampu berdoa. sebab kita dah laksanakan tanggungjawab kita. =)

    ReplyDelete
  2. Benar ukhti. siapa yang mahu melihat sahabatnya hanyut dengan perkara yang sia-sia kan. Sebaiknya kita cuba bimbing sedikit demi sedikit dan kemudian bertawakal kepada Allah. Jazakillahu khaira kathira. :)

    ReplyDelete