Assalamu'alaikum wbt.
Esok, 4 Januari 2012 sesi persekolahan akan bermula. Ramai yang 'excited', 'nervous' dan segala macam perasaan. Ya lah, alam persekolahan adalah antara zaman yang paling berharga/seronok kepada kita(saya terutamanya). Maka, apa persediaan kita untuk menempuhi sesi persekolahan? Sebelum itu, saya yakin majoriti sudah memasang niat dan azam untuk berjaya dalam pelajaran. Begitu juga saya,insya Allah. Saya mahu kongsikan persediaan awal dalam belajar dan menghadapi peperiksaan. Semoga kita bersama-sama mengikutinya sebagai persediaan awal pembelajaran supaya nanti kita tidak tergopoh-gapah atau kelam-kabut bila peperiksaan menjelma kelak.
Esok, 4 Januari 2012 sesi persekolahan akan bermula. Ramai yang 'excited', 'nervous' dan segala macam perasaan. Ya lah, alam persekolahan adalah antara zaman yang paling berharga/seronok kepada kita
PERSEDIAAN ASAS
1. Semangat Yang Tinggi
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
2. Pembacaan Yang Banyak
3. Kefahaman Yang Jelas
4. Ulangkaji Berterusan
5. Keyakinan Diri
Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR/PMR/SPM/STPM, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Namun, ramai juga pelajar yang tidak dapat menghadapi peperiksaan dengan baik walaupun telah menumpukan banyak masa di saat awal hinggalah ke akhirnya. Malahan ramai juga yang pada saat-saat akhirnya menjadi putus asa.
Untuk menjawab pertanyaan ini cubalah bertanya kepada diri anda tentang :-
1. Adakah anda telah menghabiskan topik-topik penting ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
2. Adakah anda telah memahami apa yang diajar oleh guru atau dibaca sendiri ?
3. Adakah anda menhadapi pelajaran dengan semangat yang tinggi ?
4. Adakah anda berterusan belajar dan meneliti soalan-soalan lepas ?
5. Adakah anda mempunyai keyakinan diri untuk menjawab soalan nanti ?
UJIAN BULANAN DAN PEPERIKSAAN PENGGAL
Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian /peperiksaan.
Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya anda gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-
a) Kurang memahami apa yang diajar
b) Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.
c) Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.
KEARAH MEMBENTUK KEYAKINAN
Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-
a) Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.
b) Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.
c) Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.
d) Bertawakkal kepada Allah S.W.T.
BEBERAPA PERINGATAN KEPADA PELAJAR
- Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.
- Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.
- Disiplinkan diri anda. Pastikan anda tidak membuang masa dengan kerja-kerja yang sia-sia. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.
- Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.
(saya~ >.<) - Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.
- Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.
Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul. Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza, janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita. InsyaAllah kejayaan itu milik semua.
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment