Assalamu'alaikum wbt
Kita sebagai manusia biasa dan hamba Allah yang kerdil, tak mampu untuk menanggung dugaan yang berat. Tapi bila Allah uji sedemikian rupa, adakah pantas untuk kita menolaknya? Siapa kita untuk menolak ujian yang Allah berikan itu? Ketika diri dihimpit pelbagai masalah, fikiran ini terus teringat kata-kata Allah dalam surah Ar-Rum ayat 36-37 yang bermaksud:
"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman."

Allahu akhbar! Menitis air mata ini tatkala teringat kata-Mu itu.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)
Sekarang, persoalkan diri kita sendiri, mana bukti keimanan kita? Adakah layak kita mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kita tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimanan kita? Allahurabbi.
Lalu diri ini terdengar lagu yang sangat memberi kesan yang mendalam kepada hati yang sedang rapuh ini. Allahu Allah! Subhanallah! Sesungguhnya Allah tidak membiarkan diriku keseorangan. Dia selalu ada,cuma Dia ingin menguji tahap keimananku. Allahu! :')
Langkah Tercipta-UNIC
Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Impian seringku harapkan menjadi kenyataan
Namun tak kesampaian,
Allah…
Inginku hentikan langkah ini
Bagaikan tak mampu untuk ku bertahan
Semangat tenggelam lemah daya,
Haruskah aku mengelamun jiwa
Ku berbisik inilah dugaan
Dan langkahku kini terbuka
Pada hikmah dugaan uji keimanan
Dan dilontarkannya ujian diluar kekuatan setiap diri insan
Allah…
Pimpini diriku,
Untuk bangkit semula meneruskan langkah perjuangan ini
Cekalkan hati dan semangatku
Kurniakan ketabahan........
Agar mimpi jadi nyata..
pada-Mu ku meminta
Dan ku mohon agung kudrat-Mu
Wahai Tuhan Yang Satu
Segalanya dari-Mu
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment