Wednesday, April 13, 2011

Pertama Kali Solat Diterima Tuhan!

Assalamu'alaikum wbt

Moga-moga cerita ini mampu memberi pengajaran pada kita semua. Disuatu masa dahulu,terdapat seorang alim ulama' yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadis sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah dihantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulama' yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam. 

Mengikut ceritanya,bapanya adalah orang pertama dizaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram,Mekah. Nak dijadikan cerita,pada suatu masa,alim ulama' tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya. Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu dilaksanakan. Alim ulama' tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai,maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulama' tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi,orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah Al-Fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul. Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka,iaitu alim ulama' tersebut,adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekah).

Maka alim ulama' tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang itu meninggalkan surau. Setelah itu,alim ulama' memanggil keseluruh muridnya berkumpul dihadapannya lalu beliau telah bercerita:


Pernah berlaku disuatu kampung di Timur Tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim,sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya diminta pertolongan. Cuma yang peliknya,ternakan kibasnya yang dikurung didalam sebuah kandang yang sederhana besar itu tidak pernah luak walau banyak sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun setelah kibas-kibas tersebut dibawa keluar daripada kandang,yang tinggal didalam kandang tetap kelihatan sama banyak seperti sebelum seratus ekor dibawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulama' penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah dipersetujui oleh pengambala kibas. Sembahyangpun dilaksanakan dimasjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Dan malangnya,semasa membaca surah Al-Fatihah dan surah berikutnya,bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut,seluruh alim ulama' penduduk kampung telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan seumur hidup mereka bersembahyang,ITULAH BARU KALI PERTAMANYA SEMBAHYANG MEREKA TELAH DITERIMA TUHAN! Subhanallah!!


Keesokan harinya,kesemua alim ulama' penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang Subuh dan setelah selesai sembahyang,mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya,pengembala kibas telah tiada,kandang dan kibasnya pun telah tiada. Bekas kandangpun tiada,seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas,maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain,sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira-kira bermaksud: "Janganlah engkau semua melagak-lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih Mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa."(surah An-Najm:32)

"Janganlah engkau memalingkan muka daripada manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan dibumi dengan takabbur,sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri"(surah Luqman 1)


wallahu'alam

2 comments:

  1. bayangkan kita yg tak alim ulama ni, mcm mana lah solat kita kan? huhu subahanallah..

    ReplyDelete
  2. betul tu.. dan x semestinya kita selalu solat,ibadah kita diterima Allah.hanya solat yg sebenar2 kusyuk akan diterima.insya Allah..sama2 kita perbaiki ibadah kita~ :)

    ReplyDelete