Friday, April 29, 2011

Ragam Manusia...

Assalamu'alaikum wbt


Lain paku lainlah tajamnya, lain orang lainlah ragamnya. Manusia ini mempunyai otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT mempunyai keupayaan untuk berfikir. Keupayaannya berbeza antara satu sama lain bergantung kepada banyak faktor, antaranya;

•   Pergaulan
•   Pemakanan
•   Pendidikan
•   Persekitaran
•   Pengalaman dan sebagainya.


Justeru itu, apabila banyak faktor yang memainkan peranan dalam proses pembentukan pemikiran seseorang, maka akan banyak pula timbul ideologi yang tidak sekata dan seragam. Apabila dikaji dari perangai manusia, rata-rata manusia akan berpegang pada pendapat atau ideologi diri mereka ataupun kumpulan yang disertai mereka. Amat jarang manusia yang sering saja tunduk pada ideologi orang lain dengan mudah melainkan manusia-manusia yang terlalu lemah pemikirannya. Justeru itu lah, jika tidak ada "guide line" yang jitu maka manusia akan menjadi berbeza pendapat, bertelagah dan boleh membawa kepada permusuhan.



Sebagai umat Islam, kita mempunyai aqidah yang satu yang mentauhidkan Allah Tuhan sekelian alam.


"Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia".[Surah Al Ikhlas : 1 - 4]

Untuk itu kita mestilah merujuk kepada sumber yang diturunkan oleh Allah melalui Nabi Muhammad SAW iaitu 

Al-Quran dan Sunnah. Jika kita semua umat islam tidak mempunyai kesungguhan untuk merujuk secara total pada 
Al-Quran dan Sunnah maka secara tidak langsung kita akan menjadi lemah.

Pertama : Kerana kita tidak mendapat bantuan dari Allah kerana kita mengabaikan apa yang diwahyukanNya.
Kedua  : Kita akan mudah dikuasai oleh musuh ketat kita iaitu iblis laknatullah dan kuncu-kuncunya.


Cuba kita imbas kembali pada zaman Rasulullah dan para sahabat, walaupun mereka adalah golongan yang sedikit pada permulaan perkembangan Islam tetapi mereka dapat mengalahkan golongan yang jauh lebih ramai malah 2 3 kali ganda. Jika kita ikut logik akal kita , maka keadaaan itu adalah tidak logik kerana pada masa itu, pihak musuh lebih mempunyai kelengkapan perang yang lebih baik dari Nabi dan para sahabat. Tetapi bagaimana tentera-tentera Islam boleh menang? Itulah kekuatan aqidah yang bersumberkan pada wahyu yang mengikut secara total apa yang diajar oleh baginda Rasulullah SAW. Dengan kekuatan itu, insyaAllah tentera-tentera langit akan membantu iaitu para malaikat. 


Tanpa penyatuan yang merujuk kepada sumber wahyu secara total maka kita akan menjadi asing dengan agama kita sendiri dan akan wujudlah ideologi-ideologi yang muncul tanpa diundang. Ideologi-ideologi yang hanya menggunakan logik akal semata-mata. Kita mesti tahu bahawa syaitan-syaitan pun mahir dalam membuatkan fikiran kita merasakan sesuatu yang buruk dirasakan baik, dan perkara yang baik dirasakan buruk. Ini sudah kita nampak dengan jelas betapa ramainya umat Islam sendiri yang tidak suka kepada Hukum Allah yang Maha adil. Siapa kita mahu memberi komentar kepada Hukum Allah? Kalau lah betul kita sayangkan Allah seperti mana yang dituntut dalam agama, mengapa kita mesti membenci hukumNya? Mengapa kita sanggup mengeraskan kepala dengan mengatakan Hukum Allah tidak relevan pada masa sekarang?




"Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit. Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." [Surah Al Ma'idah : 44]

"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." [Surah Al Ma'idah : 45]


"Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik" [Surah Al Ma'idah : 47]

"Tetapi tidak, demi Tuhanmu. Mereka belum sebenarnya beriman sebelum mereka meminta keputusan kepadamu perkara-perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak menaruh keberatan dalam hatinya terhadap putusan yang engkau berikan itu dan mereka menyerah dengan penyerahan yang bulat-bulat. " [an-Nisa': 65]

"Hanya ucapan kaum mu'minin, apabila mereka diseru kepada jalan Allah dan RasulNya untuk memberikan hukum di antara mereka itu ialah mereka itu mengucapkan: "Kita semua mendengarkan dan mentaati." Mereka itu adalah orang-orang yang berbahagia." [an-Nur: 51]


Kita lihatlah di seluruh dunia sekarang, tiada negara yang tiada parti politik dan pertubuhan-pertubuhan yang pelbagai. Itu adalah kerana perbezaan ideologi. Dan ramai mana manusia yang bunuh-membunuh sesama sendiri kesan dari perbezaan ideologi ini. Untuk itu wahai kaum muslimin semua,perjuangkan lah apa yang di bawa oleh nabi kita dulu iaitu menegakkan hukum Allah di muka bumi ini dan janganlah kita menjadi pihak-pihak yang mengganggu usaha untuk menegakkan hukum Allah dengan mengikut selera dan hawa nafsu kita sendiri. Ikutlah apa yang sudah diberi panduan oleh pencipta kita. Dia mencipta kita, Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Jika kita perhatikan pun, apa yang diajar dalam Islam semuanya untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. Segala apa yang diajar dalam Islam ada hikmahnya. Hidup ini adalah satu perjuangan, tetapi biarlah perjuangan itu demi Rabb kita, demi Tuhan yang menjadikan kita. Dan perintah untuk melaksanakan hukum Allah adalah wajib bagi kita sebagai hambaNya, itu pun jika kita mengaku kita adalah hamba Allah.


Jika sekiranya manusia masih lagi nak mempertahankan ideologi masing-masing tanpa kembali kepada hukum Allah, nescaya umat Islam akan semakin menuju kehancuran, na'uzubillah. Bumi yang kita tumpang ini masih lagi mendapat rahmat Allah dan keberkatanNya kerana masih ada lagi manusia-manusia yang memuji Allah. Masih lagi banyak binatang-binatang, tumbuh-tumbuhan dan makhluk-makhluk yang memuji Allah. Kerana itulah kita masih mendapat hujan dari Allah yang menyuburkan bumi, itu semua adalah rahmat Allah. Apabila bumi disiram oleh air hujan, bumi akan menjadi subur. Akan tumbuhlah tanam-tanaman yang akhirnya menjadi sumber mata pencarian kepada manusia. Dan dengan rahmat Allah juga lah, akan banyaklah bahan-bahan galian dari perut bumi. Sebab itu lah seorang kaya itu tidak boleh membuat harta yang dimilikinya itu secara total miliknya. Dalam hartanya itu terkandung hasil titik peluh orang lain, hasil doa dari orang-orang miskin dan beriman dan sebagainya. Sebab itu lah zakat wajib dalam Islam kerana rezeki itu adalah milik bersama yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala untuk menguji manusia, siapa yang jadi semakin tamak, merasa tidak cukup sentiasa dan sebagainya.


Jika sekiranya Allah tidak ada belas kasihan pada mereka nescaya dunia ini sudah hancur dek kerana perbuatan manusia sendiri yang membuas dengan hawa nafsu dan tidak takut kepada dosa. Insafilah dengan banyaknya berlaku bala yang menimpa kita sekarang ini. Jika kita tidak mahu ia semakin teruk dan melarat, rendah-rendahkan lah ego kita, tundukkanlah nafsu kita, sayangilah sesama manusia dengan tidak melakukan maksiat-maksiat yang boleh mengundang bala, kobarkan lah semangat jihad fii sabiilillah demi kita mendapat kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat.


Ikut rasa binasa, ikut ideologi sendiri semata-mata merana akhirnya. Allah sudah menganugerahkan akal fikiran kepada kita untuk berfikir mana yang terbaik untuk kita ikuti. Maka sebaiknya lah kita gunakan akal kita ini dengan sebaik mungkin selagi kita tidak lari dari syariat Islam.




Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi SAW sabdanya:

"Seutama-utamanya jihad ialah mengucapkan kalimat menuntut keadilan di hadapan seorang sultan - pemegang kekuasaan negara yang menyeleweng. "
Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dan Imam Tirmidzi.

Nabi SAW bersabda:
"Jangan demikian, demi Allah, nescayalah engkau semua itu wajib memerintahkan kebaikan, melarang dari kemungkaran, mengambil tangan orang yang zalim - yakni menghentikan kezalimannya - serta mengembalikannya atas kebenaran yang sesungguhnya, juga membasmi tindakannya kepada yang hak saja dengan pembatasan yang sesungguh-sungguhnya. Atau jikalau semua itu tidak dilakukan, maka nescayalah Allah akan memukulkan - membencikan - hati setengahmu terhadap setengahnya kemudian melaknati - mengutuk - engkau semua sebagaimana Dia mengutuk mereka - Bani Israil."
Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi.

Dari Abu  Said al-Khudri  r.a. katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa di antara engkau semua melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah mengubahnya itu dengan tangannya, jikalau tidak dapat -( dengan atau kekuasaannya) , maka dengan lisannya -(dengan jalan menasihati orang yang melakukan kemungkaran tadi )-dan jikalau tidak dapat juga - (dengan lisannya), maka dengan hatinya - (maksudnya hatinya mengingkari serta tidak menyetujui perbuatan itu). Yang sedemikian itu - (yakni dengan hati saja) - adalah selemah-lemahnya keimanan."
(Riwayat Muslim)

wallahu'alam



[x tau nak cakap camne politik zaman sekarang~hurmm..agak jelek untuk membaca.makin lama,makin merepek!]

Thursday, April 28, 2011

Freemason!

Bermula 10 Sya’ban 1398H bersamaan 15 Julai 1987 masihi, Lajnah Fatwa Majmak Fiqhi di Mekah Al-Mukarramah telah mengeluarkan fatwa, kafir bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung dengan pertubuhan ‘Freemason’. Impak pertubuhan paling lama bertapak di muka bumi ini menghasilkan implikasi yang benar-benar, paradoksnya.

Berhasrat untuk merampas kembali Palestin dari Kristian untuk membina kembali Haikal (Istana) Nabi Sulaiman. Asetnya tidak manimalis, malah akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir, dan Madinah. Namun, selepas zaman Revolusi Eropah pada kurun ke-17 yang merakamkan kejatuhan kerajaan Kristian dan kegemilangan Islam, perhatian terus dihala kepada Islam.

Pertubuhan ini dianggotai bangsa Yahudi tulen, persis Ariel Sharon, Ehud Barak, dan lain-lain. Freemason mempunyai beberapa pertubuhan yang dinaunginya serta menggunakan simbol yang sukar ditafsir, seperti matahari, bulan, mata, pyramid. Antara pertubuhan songsang mereka, Illuminati, Pertubuhan B’nai B’rith, Pertubuhan Bahaiyah - menimbalkan keraguan dalam hati umat Islam mengenai agama yang disyiarkan dan dianuti.Pertubuhan Kesaksian Yehova. Gerakan ini amat banyak di Malaysia yang berselindung disebalik Badan Kebajikan Lions Club dan juga 
Rotary Clubs. Bahkan ramai juga orang Islam yang terlibat dengan gerakan ini atas nama kebajikan untuk menarik perhatian umat Islam.

Secara nyatanya sejarah awal penubuhan Illuminati yang diambil dari makna perkataan Lucifer(Iblis) yang bererti ‘pemegang cahaya’. Illuminati ini tidak lain hanyalah satu ideologi yang berperintahkan pemerintahan tunggal yang tunduk pada tuhan(kononnya) mereka, iblis. Illuminati juga menguasai media dengan mengaburi mata dunia dengan perancangan pelbagai peperangan dan revolusi menjadi kunci mereka dapat menguasai negara-negara lain.

Dengan kehendak Tuhan, apabila utusan Illuminati membawa dokumen penting untuk revolusi di Perancis, mati dipanah petir diatas kudanya sendiri tika dalam perjalanan dari Frankfurt menuju kota paris. Pihak Polis menjumpai dokumen-dokumen penting Illuminati lalu diserahkan kepada pihak pemerintah.Akhirnya, arahan untuk menutup “Lodges Of The Grand Orient” (sarang sulit pertubuhan Illuminati) berkuat kuasa terhadap semua sarang tersebut di Bavaria.

Diasaskan oleh Adam Weishaupt, seorang Freemason, Yahudi Jerman yang berfahaman Zionis. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Ingolstadt, Jerman. Asas segala semangat Zionis bermula dari dasar-dasar Adam Weishaupt. Walaupun begitu, Zionist merupakan musuh kita, tetapi bukan kaum Yahudi. Kita sebagai umat Islam dilarang menghina kaum Yahudi. Ini kerana, isteri Rasulullah S.A.W bernama Safiyah bt. Huyay (Bani Quraizah) keturunan Yahudi dari susur galur Nabi Harun A.S. Kita boleh berkawan atau berkahwin dengan orang Yahudi kerana mereka seperti kita juga.

Ramai di kalangan orang Yahudi sendiri menentang Zionis. Bagi mereka, Zionis golongan sesat yang menyembah Lucifer (Iblis). Apa yang penting, kita jangan ikut telunjuk Yahudi Zionis yang ternyata ingin memusnahkan kita. Yahudi Zionis adalah dari keturunan Khazars yang sememangnya menentang agama Islam, agama Kristian dan semua agama di dunia ini.

13 keluarga pendokong Illuminati yang paling berkuasa di dunia sejak berzaman - Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassis, Reynolds, Rockefeller, Rothchild, Russel dan Van Duyn. Mereka menguasai dunia di sebalik tabir. Mereka menguasai ekonomi, kewangan dunia, sistem geopolitik, kelas sosial tinggi, pentadbiran kerajaan, sektor swasta & NGO, pendidikan tadika sehingga ke peringkat universiti (terutamanya Oxford, Cambridge, Harvard, Yale), pentadbiran agama, kumpulan “underground” terancang hampir seluruh negara. Mempunyai jentera dan jaringan yang terluas di dunia merentasi 7 benua 7 lautan. Berasa kaget? Lawat laman ini untuk maklumat lanjut.
http://www.wakeupproject.com/

TAMBAHAN:
Apakah Freemason?
Freemason adalah satu organisasi rahsia yang bermula dari zaman Mesir Purba sehingga kini yg dianggotai oleh lelaki yg dipilih oleh mereka, bermakna membership on invitation only.Mason bermakna tukang batu. Mereka mendakwa bahawa mereka adalah penyambung generasi pembina Kuil King Solomon di Israel. Dikatakan mereka memegang rahsia pembinaan bangunan yang merangkumi manipulasi tenaga positif dan negatif, elemen penting dalam pemujaan.Di Malaysia, kelab kebajikan (kononnya) seperti Lions, Rotary etc adalah sebenarnya cabang Freemason.Ada juga pendapat yang mengatakan yang mereka ni sebenarnya meneruskan misi Knights Templar

Pangkat dlm Freemason
Mereka ada pangkat2 tertentu. Ada dua sect yang popular, Scottish Lodge dan American Lodge. Ada 33 pangkat semuanya. Tapi di Amerika cuma ada 32 level, untuk ke level 33, mereka harus diiktiraf di Scotland. Lihat lambang kerajaan Amerika, cuba kira berapa helai bulu pelepah burung itu pada kedua-dua kepaknya.Tapi harus diingat, tak semua ahli Freemason tahu mereka menganggotai satu persatuan yg amat berbahaya. Ini adalah kerana cuma mereka yg berpangkat 31 ke 33 (tertinggi) sahaja yang tahu tujuan dan motif sebenar kumpulan ini. Ada satu pendapat untuk peringkat tertinggi yang mengatakan ahli bawahan harus ditipu dan dialih perhatian mereka dari kebenaran kumpulan itu kerana mereka masih mentah.

Kelayakan keanggotaan.
1. Bebas, bukan hamba sahaya.
2. Lelaki
3. Mempercayai Makhluk Agung sebagai pencipta, maknanya harus percaya pada kewujudan Tuhan.(Tuhan mana satu?)

Contoh-contoh Bangunan Freemason (Masonic Lodges)


Dikatakan Ini kat Johor, nauzubillah.

boleh lihat di sini http://www.mesra.net/forum/index.php?showtopic=87640



Masa Depan Kami MilikMU


Di saat aku berlari kini

Kupikul mujahadahku dengan erat

Agar tiada lagi kekhilafan yang kulakar..

Aku begitu menunggu tuk bertemu cinta hakiki

Yang tidak pernah ku gambar betapa indahnya

Yang tidak kunafi, ia selalu kudamba..

Tika yang indah datang menerpaku tiba-tiba

Lantas aku menyerahkan harapanku pada illahi

Agar aku tidak khilaf lagi dalam larian kehidupan

Harapanku itu

Aku ikat kemas di sangkar hati

Kupagar ia dengan besi taqwa

Kusaluti dengan raja’ kepadaNya

Pabila ada yang bertanya

Lantas dengan yakin aku mengukir kata

Allah Yang Maha Mengetahui isi hati ini

Aku sedar

Dengan mencintaiMu Rabbi

Aku tidak perlu resah

Kerna aku tidak perlu bersaing merebutMu

Aku tidak perlu menangis kecewa

Aku tidak perlu merasa sunyi

Kerna Kau selalu ada dekatku

Kerna rahmatMu melebihi marahMu


Wednesday, April 27, 2011

Berfikir Dari Segala Sudut

Assalamu'alaikum wbt

Manusia sentiasa berfikir dan berfikir selagi anugerah otak yang dianugerahkan oleh Allah SWT ini masih dapat berfungsi sebaik mungkin. Terutama dalam membuat keputusan untuk sesuatu perkara, atau mungkin juga berfikir dalam membuat penilaian tentang sesuatu.

Ramai di antara kita sememangnya mengetahui bahawa sesuatu keputusan yang baik yang diputuskan sudah tentu dipengaruhi oleh sudut-sudut pandangan tertentu. Semakin banyak sudut pandangan yang difikirkan maka sudah tentu keputusan dapat dihasilkan dengan cara yang terbaik. Tetapi bagaimana untuk berfikir dari sudut yang berbeza? Inilah yang menjadi sedikit sebanyak persoalan yang sering berlaku kepada mereka yang gagal untuk membuat keputusan yang baik.

      Berfikir dari banyak sudut bermaksud berfikir tentang sesuatu masalah atau perkara yang difikirkan dengan melihat tentang kebaikan dan keburukan, positif dan negatif dan juga tersurat dan tersirat kepada masalah tersebut. Terutama bila permasalahan yang banyak melibatkan antara hubungan manusia sesama manusia. Bukan mudah untuk membuat keputusan dalam situasi seperti ini. Perselisihan faham sering kali akan menjadi lebih buruk jika berfikir hanya dilihat dari satu sudut sahaja dan mendengar dari satu pihak semata-mata.

      Dalam situasi seperti ini cara berfikir amat penting dan perlu sensitif terhadap keseluruhan masalah. Jika konflik seumpama ini hanya difikirkan dari satu sudut sahaja atau mungkin mendengar dari satu pihak sahaja maka keputusan yang diputuskan sudah pasti akan memberi impak yang tidak baik dan juga bakal menyakiti hati sebahagian pihak yang lain.

      Berfikir dari banyak sudut perlu dilakukan secara rasional dan terbuka serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Jangan sekali-kali membuat keputusan dalam keadaan emosi yang tidak stabil seperti dalam keadaan marah, sedih atau juga mungkin bersikap untuk kepentingan diri dan peribadi. Andai perkara-perkara ini mempengaruhi setiap sudut pandangan maka sudah tentu keputusan yang dicipta juga tidak tepat dan akan mengundang konflik-konflik yang lebih sukar untuk diselesaikan.



wallahu'alam

Thursday, April 21, 2011

Tenangkan Hatimu Dengan Doa!

Doa Buat Mengubati Perasaan Duka Atau Stress



اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي


Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

Petua Beramal

Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai Rasulullah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .

wallahu'alam



http://akuislam.com/blog/#axzz1KAFsiiZz

Kekuatan Yang Ku Cari


Ya Allah...Lemahnya diri ini!
Mengapa diriku diuji dengan ujianMU yang tidak mampu ku pikul?


Lemahnya diri ini,

Baru sedikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini,
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini,
Baru sekelumit keindahan wajah yang KAU diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini,
Baru sedikit buat kebaikan
Riya dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini,
Bila suatu kebajikan dimulai
Tak berdaya untuk meneruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini,
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi dan
Nafsu pula mengawal diri
Lemahnya diri ini,
Jalan dakwah kau kata mau tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa langkah sudah berhenti

Lemahnya diri ini,
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini,
Asyik dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau di tolak…….

Lemahnya diri ini,
Bagaimana akan disambut seruan jihad?
Baru sedikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini,
Lupa matlamat, lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini,
Solat yang lima waktu pun sukar dijaga
Amalan sunat apa lagi

Lemahnya diri ini,
Ada akal untuk berfikir
Tapi masih menuruti
Pada nafsu dan jalan syaitan

Lemahnya diri ini,
Asyik tertawa
Lupa menangis mengingat MATI…
Ya Allah…

Lemahnya diri ini..
Kumohon kekuatan dariMU
Tuntunilah langkahku
Biar hanya mampu merangkak
Itu pasti lebih baik
Daripada terus rebah dalam kaku
Berikanku peluang
Merentasi jalan yang Engkau redhai
Ampunilah kekhilafan semalam,
Atas kejahilanku mengenal makna kasih sayangMU…
Amiiin Ya Rabbal alamiin…

wallahu'alam

http://akuislam.com/blog/#axzz1K4VCfKIq