Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Saturday, January 12, 2013

Jangan Tanyakan Aku Tentang Hidupku


Jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk..

dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya...

sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkan-Nya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu...


Saturday, November 24, 2012

Santapan Rohani

Assalamu'alaikum wbt

Salam 10 Muharram 1434H. Mungkin agak terlambat untuk diucapkan kerana kekangan masa dan saya terpaksa mengutamakan apa yang perlu diutamakan. Entry kali ini saya hanya ingin  berkongsi kata-kata yang pada saya agak terkesan di hati dan harap bermanfaat kepada anda semua,insya-Allah. :)

“Kita perlu sedar hidup ini adalah mencabar. Hidup ini memang susah. Hidup ini memang banyak masalah. Kesedaran ini membuatkan kita tahu yang diri kita tidak mampu mengharungi hidup ini tanpa bantuan Allah SWT. Jika kita sedar hidup ini susah, pasti kita akan BERSUNGGUH-SUNGGUH mengharapkan bantuan Allah SWT.”
- Fuad Latip
“Ego itu merupakan rasa ke'Aku'an. Apabila kita jauh dengan Allah SWT, kita akan berasa ego. Mengapa? Kerana kita lupa diri yang kita ini hanyalah insan yang hanya berdaya dengan kekuatan yang sedikit sahaja dialirkan oleh Allah SWT. Jika kita memiliki kesedaran tertinggi kepada Allah SWT, pasti kita tidak akan ada rasa ke'Aku'an ini kerana kita sedar siapa kita.”
- Fuad Latip -
 
 Hati itu perlu sahabat, Zikir dan Quran itulah ubat. :) 
Sebagai umat Islam, tiada istilah 'jiwa kacau' kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa dan Maha Mendengar. Jiwa pasti mempunyai tempat bergantung dan mengadu yang paling istimewa.  
p/s: hidup ini terlalu singkat untuk murung dan melayan perasaan yg tidak keruan. :) *muhasabah diri*
”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
[Riwayat Muslim]
  
"...Untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlumba-lumbalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu, dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka (iaitu orang yang bersepakat membuat hukum sendiri dan meninggalkan Al-Quran dan As-Sunnah)." - Surah Al-Maa'idah: 48-49

"Katakan pada hati kita , “Ya Allah, aku layak diuji. Aku hanya hamba-Mu. Di sebalik ujian ini aku yakin ada kebaikannya, cuma kerana kelemahan dan kejahilanku aku belum nampak wahai Tuhan. Namun aku tetap yakin di sebalik semua ini tetap ada kasih sayang-Mu." 

- Ustaz Pahrol Mohamad Juoi :)

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman." [Ali 'Imran 3:139]

"Bila kau bergelar DAIE kau wajib sedar, bahawa jiwamu tak boleh selamanya REMAJA, kata Al-Banna, "tanggungjawab melebihi masa yang ada" ,dan tarbiyyah yang bersalutkan ILMU & CABARAN lah yang dapat mendewasakanmu. Tapi, cukupkah jika sekadar menerima tarbiyyah? sampaikanlah pada SYABAB , sedarlah wahai FATAYAT, kalian bukan memulakan perjuangan tp kalian adalah mata² yang menyambung perjuangan "   
via sahabat. :)
 Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan adalah dari hasil sebuah kemesraan. #MutiaraKata

"Seorang yang berpegang teguh dengan agama tidak akan menghidap penyakit jiwa."- Dr 
Brail,buku Maza Yakni

 Be sure you're not influenced by the wrong people; keep your faith strong & pure.

Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. #muhasabahdiri

Bila kita cerita tentang keburukan orang,takut ia akan terkena kepada diri sendiri. Stop talking about others! #selfreflection
 
Hanya diri anda sendiri (USAHA) dan Allah (DOA) yang menentukan kejayaan anda. Bukan manusia! -Hezry Yasin

Usah pedulikan kritikan manusia dan lakukan segala usaha secara HALAL dan BERSIH untuk mencapai KEJAYAAN anda itu. -Hezry Yasin 

 "Apakah manusia mengira, bahawa ia akan dibiarkan begitu saja (tanpa pertanggungjawaban)?" [Surah Al-Qiyaamah : 36]
  
Hati ini kadangkala perlu diketuk dgn ujian, agar ia terdidik untuk tidak sentiasa selesa pd ‘kesukaan’, tapi juga selesa dgn ‘kesakitan’.
  
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (QS.Al Baqarah:286)

 When you judge someone before knowing them, you do not define them: you define yourself.

 Perkataan ikhlas itu terpakai terhadap Allah semata-mata.Sesuai lidah & hati,itulah ikhlas! lain di mulut lain di hati,bukanlah ikhlas tetapi culas.

 And if the whole world let you down, left you crying all alone, change your intention and surrender your heart to Him.
  
Dulu, kini dan selamanya islam tak pernah kalah. Yang kalah sebenarnye kita sebab kita yang tak ikut islam
 "aku amat takut orang memuji aku, siapa yg memuji aku nescaya aku mengambil batu dan membaling kepadanya.." -Saidina Ali

 Sahabat yang baik adalah sahabat yang menghina kita dan musuh kita adalah orang yang selalu memuji kita. -Pepatah Cina

Allah is the best listener. You dont need to shout nor cry loud out. Because Allah hears even the very silent prayer of a sincere heart. 
  
Whatever you do begins with your intention. Let your heart paves the way for the migration

 Maka tiap kali kita terasa ingin melakukan maksiat kpd Allah, pesankan pd diri bahwa kita dari golongan yang bersolat 

 Iman itu bukan hafalan. Iman itu binaan. (Abu Abdullah)

 Wallahua'alam
 
  

Wednesday, September 19, 2012

Salam Zulkaedah 1433H

Assalamu'alaikum wbt

Tak terlambat untuk saya mengucapkan 'Salam Zulkaedah 1433H' kepada seluruh umat Islam. :) Alhamdulillah, kini kita melangkah ke bulan Islam yang seterusnya. Bersyukur kerana kita masih dibenarkan untuk terus bernafas dan mengutip seberapa banyak pahala sebagai bekalan untuk dihisab di hadapan Allah SWT kelak. Insya-Allah. 

Saya sekadar ingin berkongsi peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam bulan Zulkaedah ini. Semoga beroleh manfaatnya. :)

Nama Bulan Zulkaedah diambil daripada perkataan "qa'ada" bermaksud untuk duduk. Inilah bulan suci ketiga yang mengharamkan sebarang pertempuran. Kebanyakan orang juga mula menghentikan aktiviti perniagaan mereka untuk duduk dan bersedia untuk menunaikan Haji.

Bulan Zulkaedah adalah satu dari empat bulan haram. Bulan haram adalah bulan yang amat dimuliakan. Bulan haram adalah bulan persaudaraan, perdamaian dan kemaafan. Masyarakat kafir Quraisy menangguhkan permusuhan dan peperangan di bulan haram maka kita sebagai umat Islam hendaklah lebih menghormati bulan bulan haram ini. 

Eratkan silaturahim, yang bermusuh, damaikanlah, yang berdendam, berlapanglah dan yang renggang, rapatkanlah, Insya-Allah hidup penuh berkat dan harmoni. Tiada ibadah khusus dalam bulan Zulkaedah. Bulan Zulkaedah adalah bulan permulaan musim haji. Namun begitu sebahagian besar ulama' mengatakan bahawa umrah adalah lebih afdhal di bulan Zulkaedah berdasarkan Rasulullah SAW mengerjakan umrah-umrah beliau di bulan Zulkaedah dan haji tamattu' juga dimulakan di bulan Zulkaedah.

Daripada Abu Bakrah, sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda, maksudnya: 

"Sesungguhnya zaman itu berputar sejak awal waktu Allah menjadikan langit-langit dan bumi. Satu tahun mengandungi dua belas bulan ini, darinya empat bulan haram, tiga dari empat bulan ini berturut-turutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram dan satu bulan berasingan ialah Rejab di antara Jamadil Akhir dan Sya'aban."



PERISTIWA BERSEJARAH :-

1. Peperangan Bani Quraizah

Peperangan ini berlaku pada tahun ke 5 Hijrah. Setelah tentera Ahzab telah ditewaskan maka malaikat Jibril AS telah memberitahu Rasulullah SAW bahawa Allah SWT telah memerintahkan nabi agar pergi ke perkampungan Bani Quraizah. Bani Quraizah ialah satu puak Yahudi yang telah terlibat bergabung dengan tentera Ahzab, mengepung umat Islam semasa perang Ahzab. Rasulullah SAW yang masih belum sempat melucutkan pakaian perangnya telah mengerah tentera Islam mengepung perkampungan Bani Quraizah sehinggalah mereka menyerah kalah.

2. Perjanjian Hudaibiyah

Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulkaedah, penghujung tahun ke 6 Hijrah. Antara sebab berlaku Perjanjian Hudaibiyah tersebut, Nabi SAW mengumumkan kepada kaum muslimin keinginan baginda Rasulullah SAW untuk berangkat pergi ke Mekkah bagi melaksanakan satu lagi ibadah iaitu dengan menunaikan ibadah umrah. Hasil pengumuman tersebut yang diberitahu itu telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh sekitar 1 400 orang sahabat dari kaum Muhajirin dan Ansar pada masa itu. 

Nabi Muhammad SAW berihram untuk ibadah umrah tersebut ditengah perjalanan dan membawa bersama-sama binatang yang boleh disembelih atau dikorbankan (al- hadyu) supaya ianya menjadi pentunjuk atau sebagai memberitahu kepada orang-orang lain bahawa Nabi Muhammad SAW keluar sedemikian bukan bermaksud untuk berperang tetapi ianya semata-mata untuk menziarah ke Baitulullah iaitu Ka'abah, bagi menunaikan ibadah Umrah tersebut. 

Dalam perjalanan ke Makkah, Rasulullah SAW telah disekat oleh kafir Quraisy dan dihalang dari memasuki Makkah. Berlaku beberapa perundingan dan ia membawa kepada perjanjian damai yang dinamakan "Perjanjian Hudaibiyah". Dalam perjanjian itu, Rasulullah SAW dibenarkan memasuki Makkah dan mengerjakan umrah hanya pada tahun hadapan serta tahun seterusnya dan gencatan senjata selama sepuluh tahun di antara Makkah dan Madinah.

3. Bai'atur Ridwan

Peristiwa ini berlaku sebelum terjadinya Perjanjian Hudaibiyah, Rasulullah SAW telah mengutus Usman RA ke Makkah untuk membahas masalah mengapa rombongan Rasulullah SAW dihalang dari memasuki Makkah untuk mengerjakan umrah. Sesampainya di sana Usman bin Affan RA ditahan selama beberapa waktu oleh orang-orang Quraisy. Dalam pada itu sampailah berita kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Usman bin Affan RA telah mati dibunuh oleh orang-orang Quraisy.

Maka Nabi Muhammad SAW dengan lantangnya menyatakan tekadnya : "Kami tidak akan tinggal diam, hingga kami berhasil menumpas kaum Quraisy". Kemudian Rasulullah SAW mengajak berbai'at. Maka terjadilah Bai'atur Ridhwan di bawah sebatang pohon di tempat tersebut. Bai'at yang dimaksudkan ialah satu perjanjian yang berlaku antara Nabi Muhammad SAW bersama para-para sahabat yang ada ketika itu untuk bersatu padu dan bekerjasama menentang orang-orang kafir Quraisy.

Para sahabat berbai'at kepada Nabi Muhammad SAW untuk tidak takut dan lari meninggalkan medan perang sebagai tanda menuntut bela di atas kematian yang menimpa sahabat baginda Rasulullah SAW. Sementara itu Rasulullah SAW menepukkan tangannya yang satu ke tangan yang lain seraya berkata : "Pembai'atan ini untuk Usman bin Affan". Setelah pembai'atan tersebut, yang mana telah didengari oleh pihak orang-orang Quraisy, barulah datang berita yang menyampaikan kepada Rasulullah SAW bahawa khabar terbunuhnya Usman bin Affan itu tidak benar.

4. Berlakunya Haji Wida

Pada tanggal 25 Zulkaedah tahun ke 10 Hijrah, Rasulullah SAW meninggalkan Kota Madinah untuk menuju ke Kota Makkah bagi menunaikan Haji Wida' (Haji Penghabisan), baginda disertai seramai 10,000 kaum muslimin. Haji tersebut adalah haji pertama Rasulullah SAW dan yang terakhir bagi baginda. Rasulullah SAW hanya mengerjakan sekali sahaja ibadah haji dan empat kali ibadah umrah sepanjang umurnya mengikut catatan sejarah.

5. Kematian Syeikhul Islam, Ibnu Taimiyah

Nama lengkap Ibnu Taimiyah ialah Taqiyuddin Abdul Abbas Ahmad bin Abdul Salam bin Abdullah bin Muhammad bin Taimiyah Al-Harrani Al-Hambali. Beliau dilahirkan pada hari Isnin, 10 Rabiulawal 66l Hijrah bersamaan 22 Januari 1263 Masihi di Harran. Beliau adalah seorang yang amat berjasa dalam melaksanakan dasar "pembersihan" dalam Islam. 

Apabila umat Islam sudah mula menyimpang dan mencampuradukkan unsur-unsur bid'ah dan khurafat dalam ajaran Islam pada zamannya maka beliau tampil berusaha mengembalikan mereka ke landasan Islam yang sebenarnya. Beliau juga meninggalkan ratusan buah kitab karangannya yang menjadi rujukan sehingga sekarang. 

Karangan terbesarnya ialah Fatawa Ibnu Taimiyyah yang menjadi rujukan ahli fiqh dan hukum sehingga ke hari ini. Beliau meninggal dunia hari Isnin, 20 Zulkaedah 728 Hijrah, dalam usia 67 tahun, setelah sakit dalam penjara lebih dari 20 hari. Beliau menghembuskan nafas yang terakhir di atas tikar solatnya, sedang dalam keadaan membaca Al-Quran. Walaupun beliau juga seorang yang banyak dibenci orang kerana pendirian tegasnya, tetapi jenazah beliau diiringkan ke pusara oleh 200,000 orang lelaki dan 15,000 orang wanita. 


Allahu,tetiba rasa sebak melihat mereka yang mengerjakan haji pada tahun ini. Teringinn sangat untuk menjejakkan kaki ini sekali lagi ke tanah suci Mekkah. :') Semoga Allah berikan keizinan-Nya untuk diriku ke sana lagi. Allahumma ameen!


untuk membaca kisah-kisah Nabi Allah yang lain,boleh ke link ini  
http://www.harmoni-my.org/arkib/kisahnabi/

Wallahu'alam

Sunday, July 22, 2012

Istimewa Buat Akhawat Tersayang!

Assalamu'alaikum wbt


Perasaan sayang pada sahabat itu semakin bertambah dan terasa ukhwah yang terjalin itu semakin erat. Aku amat bersyukur kepada Ilahi kerana mengurniakan sahabat sejati lantas aku memanjatkan doa agar jalinan persahabatan itu akan terus berkekalan tanpa timbul apa-apa perasaan ataupun perkara buruk yang boleh merosakkannya.

Berkasih sayang itu adalah lumrah bagi setiap insan. Ia adalah fitrah yang telah ditiup masuk ke dalam roh yang diciptakan Ilahi tanpa memerlukan sebarang tunjuk ajar tentang bagaimana untuk berkasih sayang dan saling cinta mencintai.

Berkasih sayang di antara sahabat amatlah digemari Allah dan disarankan Islam. Apabila perasaan sayang itu menyinggah hati, tidak akan tergamak oleh seseorang itu untuk melukakan hati orang yang disayanginya. Maka, terhindarlah dia daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah seperti mengumpat, menghina, mengata, tikam belakang dan sebagainya yang boleh merosakkan persahabatan itu.

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, dia tidak akan mencelakakannya ataupun mendedahkan aibnya," (HR Bukhari)

Pejamlah matamu sejenak dan bayangkanlah sahabat-sahabat yang sentiasa menemanimu sesaat dirimu senang dan waktu dirimu menghadapi kesusahan. Bayangkanlah wajah-wajah sahabatmu yang sentiasa mengingatkanmu pada suruhan Ilahi dan menegurmu agar meninggalkan perkara-perkara kemungkaran.

Mereka itulah sahabat sejatimu dan sahabat sejati akan sentiasa membimbingmu selangkah mendekati Ilahi dan selangkah meninggalkan perkara-perkara yang dilarang Allah. Cintai dan sayangilah mereka setulus hatimu agar sempurna iman yang dimilikimu itu.

Sabda Rasulullah S.A.W "Belum sempurna iman kalian sampai kalian mencintai saudara kalian seperti halnya kalian mencintai diri kalian sendiri," (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)



Rindui & Doakanlah Kebaikannya!

Umar r.a. berkata "Demi Allah, sungguh aku merasa waktu malamku terlalu panjang apabila aku teringat kepada saudara seagamaku. Aku berharap agar waktu pagi segera tiba agar aku dapat memeluknya kerana aku begitu rindu ingin bertemunya,"

Selalulah mendoakan kebaikan sahabatmu itu walaupun tanpa pengetahuannya. Hanya kepada Allah sahajalah doa itu harus disampaikan seikhlasnya agar Dia memperkenankan doa-doamu itu dan menganugerahkan kebaikan yang sama seperti yang kamu doakan buat sahabatmu itu.

Berlapang Dada & Maafkanlah Kesilapannya

Ketika Rasulullah S.A.W. sedang duduk bersama para sahabat di masjid, baginda berkata kepada mereka "Salah seorang penghuni syurga akan datang,"

Tidak lama kemudian, datanglah seorang lelaki dengan janggut yang masih basah dan airnya masih menitis tanda bekas berwuduk. Dia solat dia dua rakaat dan kemudian duduk.

Pada hari kedua, Rasulullah S.A.W. menyatakan perkara yang sama seperti sebelumnya. Dan juga muncul juga adalah lelaki yang sama, begitu juga pada hari ketiga.

Akhirnya Ibnu Amru mengikuti lelaki tersebut dan memutuskan untuk menginap di rumahnya untuk melihat secara langsung solat, puasa dan ibadah istimewa yang dilakukan lelaki itu. Namun, Ibnu Amru tidak melihat sesuatu yang istimewa dari orang tersebut, sehingga dia pun bertanya tentang rahsia ibadah yang dilakukannya.

"Sesungguhnya aku tidur seperti biasa, namun dalam tidurku itu tidak ada rasa dengki ataupun ingin menipu sesama saudara-saudaraku sama sekali," ujar lelaki itu.

Ibnu Amru pun berkata "Inilah yang membuat kamu sampai pada darjat yang sangat tinggi dan inilah pula yang sukar kami lakukan," (Hadis Riwayat Ahmad)

Maka, berjanjilah pada dirimu sendiri bahawa kamu tidak akan sesekali akan mencelakakan mahupun melakukan tindakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada sahabatmu itu. Berlapanglah dada dengan mereka dan maafkanlah kesilapan dan kekurangan mereka kerana tiada manusia yang sempurna dan dirimu juga tidak sempurna.

Maafkanlah dirinya sebagaimana dirimu mahu dimaafkan dan dilupakan kesalahan sewaktu dirimu tersilap langkah. Jadikanlah sifat maaf itu satu sedekah buat sahabatmu agar Allah meredhai hidupmu dan mengurniakan syurga kepadamu kelak.


EPILOG

Ya Allah Ya Tuhanku
Aku merindui salah seorang hamba-Mu
Yang pada satu ketikanya pernah menggembirakan hatiku
Aku ikhlas menyayanginya keranaMu Ya Allah
Aku merasakan sebuah kerinduan juga kerana-Mu Ya Allah

Ya Allah
Kau sayangilah dia sedalamnya
Kau temanilah dia sepanjang perjalanan hidupnya
Kau berikanlah dia kekuatan sesaat dia terlemah
Kau kurniakanlah jutaan kebaikan kepadanya
Kau berikanlah hidayah kepada dirinya
Kau bimbinglah dia ke jalan yang diredhai-Mu

Kau kurniakanlah dia kejayaan hakiki
Kau berikanlah dia hati yang bersih lagi suci
Kau anugerahkanlah dia keyakinan diri yang tiada berbelah bagi
Kau satukanlah dia dengan lelaki yang baik dan soleh
Kau berikanlah dia ilmu-ilmu yang berguna
Kau permudahkanlah segala urusannya
Kau sinarilah diri dan bicaranya dengan kejujuran
Kau ringankanlah beban dan tanggungjawab yang ditanggungnya

Kau kurniakanlah keringanan hati padanya untuk memperbanyakkan ibadah kepada-Mu
Kau kuatkanlah hatinya untuk melakukan perubahan ke arah kebaikan
Kau bahagiakanlah dia dengan sahabat-sahabat yang senantiasa membimbingnya ke jalan-Mu
Kau serikanlah hatinya dengan perasaan cinta yang agung kepadaMu
Kau kurniakanlah dia anak-anak yang soleh dan solehah
Kau tempatkanlah dia di syurga-Mu yang indah
Kau jauhilah dia dari neraka-Mu yang panas membakar

Kau berikanlah kelembutan pada hatinya
Kau kurniakanlah dia sifat maaf yang akan memuliakannya
Kau berikanlah kekuatan kepada dia untuk tersenyum walaupun menghadapi kesukaran hidup
Kau tempatkanlah dia dalam kalangan orang beriman bila ajalnya kelak
Kau jadikanlah dia seorang yang sentiasa mahu memperbaiki dirinya

Kau benarkanlah dia mewariskan ilmu-ilmu berguna kepada anak didiknya
Kau berikanlah ketenangan di jiwanya
Kau indahkanlah cahaya wajah dan hatinya
Kau jauhilah dia dari bicara dan perkara yang sia-sia
Kau sucikanlah hatinya daripada sebarang prasangka buruk
Kau berikanlah dia keimanan yang teramat teguh

Akan apa yang telah terjadi
Telah aku merelakan segalanya
Akan apa dosaku, aku benar-benar memohon keampunan dari-Mu
Dan akan apa yang menyedihkan hatiku
Aku telah memaafkan dan melupakan semuanya
Sebagaimana mahunya diriku agar Allah memaafkan dan menerima taubatku

Akan apa yang telah terjadi
Sememangnya ia benar-benar akan menimpa diri
Kerana itulah benar-benar ketentuan Ilahi
Tidak akan terjadinya sesuatu tanpa keinginan-Nya
Dan tidak akan terjadi sesuatu hanya untuk sia-sia
Dan aku benar-benar merelakan segala
Kerana tiada yang lebih baik dari apa yang dirancang-Nya

Dan apabila semua yang pedih itu berlalu pergi
Tinggallah kerinduan yang indah menghangatkan kedinginan hati

May Allah bless us and give His Barakah to us. Allahumma Ameen.

wallahu'alam :)






Tuesday, November 22, 2011

Di Hujung Jari Tersingkap Segala Di hati

Assalamu'alaikum wbt

Kalau dulu kita sering mendengar ayat 'lidah ibarat pedang', yang boleh mencantas apa sahaja yang terlintas di dalam benak hati dan fikirannya. Memang sebenarnya pokok pangkal sesuatu amal itu bergantung dengan lidah dan hatinya.

Diriwayatkan bahawa Lukman al-Hakim, pernah disuruh majikannya membeli daging yang baik untuk menjamu para tamunya. Lukman membeli hati dan lidah. Majikannya berasa marah dengan tindakan Lukman dan bertanya kepadanya kenapa dia membeli hati dan lidah.

"Tidakkah ini daging yang baik seperti yang tuan pesan. Hati merupakan sumber amal perbuatan yang baik, sedang lidah dapat menjalin persaudaraan. Dari keduanya orang dapat membangun kebaikan," jawab Lukman.

Pada suatu hari majikannya kembali menyuruh Lukman membeli daging yang busuk. Tujuan majikannya ialah untuk mengetahui jenis daging apa yang akan dibeli oleh Lukman. 

Ternyata Lukman sekali lagi membeli hati dan lidah. Tindakan ini mengejutkan majikannya dan bertanya kenapa dia berbuat demikian sedangkan yang disuruh beli ialah daging yang busuk.

"Benar tuan, ini daging terbusuk. Hati adalah daging yang terbaik dan sekaligus juga paling busuk. Ia sumber kedengkian dan rasa bongkak. Lidah merupakan 'alat' untuk melaknat, mencerca dan mencaci orang lain."

Lidah merupakan cermin hati sesorang. Bila hati bersih, lidah nescaya tidak akan berkata kecuali yang baik. Sebaliknya bila hati 'busuk', maka lidah akan mudah mengucapkan kata-kata yang buruk.

Oleh kerana itu dalam rangka memelihara persaudaraan Islam maka kita perlu menjaga lidah supaya tidak mencaci dan memaki sesama umat Islam. Perbezaan apapun yang terjadi, jangan sampai menodai persaudaraan Islam.


Allah menggambarkan orang yang menjaga dalamnya persaudaraan Islam (ukhuwah Islamiah), menggunakan kata ikhwah, yang bererti ''saudara kandung''. Ini berbeza dengan ikhwan, yang ertinya ''berteman'', sebagaimana digunakan Allah dalam surah Ali 'Imran ayat 103 untuk menggambarkan bagaimana suku-suku Arab pada zaman Jahiliyah yang bermusuh-musuhan, kemudian bersatu setelah memeluk Islam.

Jadi, setelah berada dalam satu agama, setiap Muslim adalah teman bagi yang lain dan setelah keislaman meningkat, setiap Muslim diharuskan memandang Muslim yang lain sebagai saudara kandungnya.

Ukhuwah Islamiah yang benar sebagaimana yang digambarkan Rasulullah SAW dalam sabdanya bahawa seorang Muslim harus dapat mencintai Muslim lain sebagaimana ia mencintai diri sendiri; bahawa seorang Muslim harus dapat merasakan kesusahan yang dialami Muslim lain. (HR. Bukhari)

Di dalam Al-Quran, Allah tegas memerintahkan agar seorang Muslim tidak memusuhi, mencaci dan berburuk sangka kepada Muslim lain. Umat Islam harus memegang teguh persaudaraan Islam sebagaimana firman-Nya dalam surah Ali 'Imran ayat 103:

"Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai  berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (zaman Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk".


Dari ayat ini boleh kita ambil hikmahnya bahawa sikap yang paling bijak ialah berusaha memperbaiki diri, sekaligus menjadi orang yang pemaaf. Sebab itulah yang selalu dilakukan Rasulullah SAW sepanjang hidupnya. Sedangkan hidup nabi adalah contoh bagi setiap mukmin.


Tetapi kini jari ibarat tali gantung. Dengan menggunakan hujung jari, orang boleh menaip, meng'copy', meng'klik' dan meng'paste' apa-apa yang boleh memfitnah sesama persaudaraan seagama Islam. 


Dengan hujung jari yang cuma perlu menekan huruf dan menggerakkan tetikus dan klik kiri atau kanan tetikus, boleh menjerut leher saudara seagama. Boleh menyumbat saudara seagama ke dalam kota berduri.


Namun tidak pernah rasa gentar dalam hati ini akan ugutan dan fitnah yang mula tersebar di alam maya. Apalah yang mampu mereka lakukan jika tidak dengan izin Allah. Jika dengan izin Allah perkara itu berlaku, maka ia pula menjadi ujian untuk menguji keimanan. Masih berimankah jika sedikit ugutan menerpa di dalam jiwa, iman mula goyah dan terbit ketakutan?


Sesungguhnya hidup ini tidak ada surutnya ujian demi memartabatkan iman pada tempat yang selayaknya. Lagipun apa yang ingin dikejar selain ingin menjadi manusia taqwa. Taqwa bukanlah boleh kita dapat melainkan melalui ujian-ujian. 


BUat semua yang sayangkan persaudaraan dan perjuangan Islam, semua mesti kuat, tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Walaupun ada orang yang disayang diuji, maka kamu semua juga diuji untuk redha menerima keadaan ini. Pelihara iman, jangan goyah atau hilang pertimbangan. Ingat kita juga akan bertemu dihujung perjalanan ini. Tetapkan iman agar kita bersatu semula nanti.


Maka beruntunglah jika mereka itu sering diuji namun sezarah pun tidak goyah imannya.


Semoga kita diberi kekuatan untuk senantiasa memelihara Ukhuwah Islamiah. Ameen!


wallahu'alam

Friday, October 21, 2011

Kematian Seorang Lagi Pejuang Allah!

Berita tentang kematian Muammar Gaddafi. 

Siapa yang gembira? 

ADAKAH MEREKA YANG MENENTANGNYA ATAU BARAT YANG SENYUM KETAWA KERANA BERJAYA MENGHURU-HARAKAN UMAT ISLAM.


Umum tahu konspirasi barat ini halus dan licik sehingga benda yang tiada mereka ada-adakan untuk memperlihatkan pada dunia,inilah pemimpin kejam!! betulkah dakwaan itu.. jom kita baca info yang tersembunyi ini.
_________________________________________________________________


Betulkah Muammar Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?


Jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal. Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Muammar Gaddafi.


Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!


Cuba anda lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Muammar Al Qaddafi:


1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!


2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.


3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.


4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.


5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.


6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.


7. Tidak ada bil elektrik di Libya.


8. Pendidikan adalah percuma


9. Kemudahan perubatan adalah percuma.


10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.


11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.


12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.


13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.


14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.


15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.


16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.


17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).


18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;


19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.


Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.


Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!


Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.


Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!


Al-fatihah Sekali lagi untuk Muammar Gaddafi.


Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah yang sebegini rupa.


P/s : Selepas kejatuhan Saddam Hussein, Osama Bin Laden dan Muammar Gaddafi, siapakah pula selepas ini? Negara manakah yang akan menjadi sasaran seterusnya? Allahu Akhbar!


Gugur lagi seorang tentera Islam.. :'(




info lebih lanjut tentang Muammar Gaddafi:
Presiden Libya-Muammar Gaddafi
Pemerintahan Muammar Gaddafi

Saturday, August 27, 2011

Syukur Alhamdulillah!




"Hujan pagi hari, rintik-rintiknya halus dan jernih sejak kelmarin. Namun malang, sejuknya tidak sampai ke petang. Betapa pun, syukur Alhamdulillah. Itulah rahmat Tuhan. 

Terkadang, ingin rasanya hati ini turut disirami hujan. Biar dingin. Biar nyaman. Moga subur tanah hati dengan baik. Kadang kala, hati harus akur. Tidak selamanya hujan akan mencurah. Tetap ada kemaraunya. Hari ini hujan pagi. Esok, mungkinkah kemarau?" Getus hati Abdullah Soleh sebelum matanya tertutup.

Keesokannya, Abdullah Soleh dengan semangatnya mengharungi hari terakhir sebuah program kem motivasi untuk pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi di tempat mereka.

Slot terakhir motivasi bagi program tersebut bertajuk "Istimewanya Diri Kita".

"Baik, siapa boleh beritahu kita di sini keistimewaan dirinya?" Satu soalan dilontarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi oleh motivator tersebut.

"Saya nak jawab!" Sambut seorang mahasiswa yang bergaya dengan nada yakin.

" Assalamualaikum semua. Di sini saya nak beritahu apa keistimewaan saya, istimewanya saya ialah saya berkeyakinan tinggi, saya bijak berpidato, dan saya yakin bahawa saya mampu menjadi pemimpin negara suatu hari nanti." Kata mahasiswa tersebut dengan penuh keyakinan.

Siswa dan siswi lain juga memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Ada yang beritahu keistimewaannya ialah menyanyi, bermain bola, pandai bergurau dan macam-macam lagi.

Hampir semua siswa dan siswi memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Lalu, Abdullah Soleh bangkit berdiri untuk turut sama memberitahu keistimewaan diri.

"Saya mahu beritahu keistimewaan saya! Keistimewaan saya ialah saya seorang Muslim, mengapa saya berkata begitu? Biar saya jelaskan. Dengarlah sahabat-sahabatku terutamanya yang beragama Islam. Sedarlah! Diri kita tiada ertinya jika Islam bukan agama yang dianuti, tiada ertinya jika kita bukan seorang Muslim. 

Sedarlah! Betapa istimewanya kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam, betapa istimewanya kita dalam berbillion kalangan umat manusia di dunia ini kita yang terpilih merasai nikmat Iman dan Islam, tanpa nikmat Iman dan Islam mungkin kita boleh berjaya di dunia dengan kelebihan-kelebihan yang Allah anugerahkan, akan tetapi di akhirat sana kita pasti akan kecewa serta merana.

Sedarlah! Seorang Muslim itu sangat istimewa, kerana apa? Kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa. Waktu kita susah dan senang Dia sentiasa ada, malah ketika kita sakit, Dia menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta ditambah lagi dengan ganjaran pahala jika kita bersabar menghadapi ujian dari-Nya.

Jika kita lihat, ujian yang hadir itu bukan untuk menghukum kita tetapi memberi peringatan kepada kita yang lalai. Umpama seorang ibu menegur anaknya dengan penuh kasih sayang agar anaknya sentiasa di jalan yang benar. Begitulah perumpamaannya.

Namun kasih sayang Allah lebih lagi daripada kasih sayang seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Tidakkah anda semua berasa istimewa dengan nikmat Iman dan Islam ini? Bukankah ini suatu keistimewaan yang terulung kepada diri anda? Maha Suci Allah yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi! Apa pun musibah yang menimpa seorang Mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis:

"Amat menakjubkan sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan Mukmin. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya." (Riwayat Muslim)

Seorang Mukmin apabila ditimpa kesusahan, dan dia mengingati Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya dan pertolongan dari-Nya. Rasulullah S.A.W. pun bersabda: "Ingat akan Allah adalah penawar kalbu," Diriwayatkan oleh ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah S.W.T:

"Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa pemuda, jangan biarkan kita hanyut dalam ilusi yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah seorang hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar- benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan 'kecantikan' Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah S.W.T., ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas dan berbanggalah kita seorang Muslim! Takbir!

"Allahuakbar!"sambut rakan siswa dan siswa yang lain.

Ingatlah sahabat sekalian.

Islam tidak pernah mengecewakan kita tetapi kita yang selalu mengecewakan Islam, kita yang membiarkan Islam terus layu. Kita tidak bangga dengan nikmat Iman dan Islam yang kita miliki. Kita lebih berbangga dengan hiasan-hiasan dunia yang tidak kekal lama. Peringatan ini juga buat diri saya yang kerdil dan hina ini. Sekian terima kasih."

Tepukan gemuruh mula memecah suasana di dalam dewan kem tersebut.

Hebatnya jiwa pemuda, hebatnya jiwa pemuda Islam. Allahuakbar!!



motivasi untuk diri saya dan semua~ :)

Saturday, August 6, 2011

Terima Kasih Wahai Tuhan! ♥

Assalamu'alaikum wbt

manusia sering persoal,

"kenapa lah aku yang diuji dengan musibah-musibah macam ni?"
"kenapa lah orang lain tu,hidup senang je,walhal,tak lah baik mana pun"

cuba fikir sejenak,

apa yang dah kita lakukan untuk Allah sehingga kita persoal semula kehendakNya,

seolah-olah seperti kitalah manusia yang paling layak untuk menikmati nikmatNya sedangkan apa je yang kita dah lakukan sampai kita rasa kita layak untuk dapat pulangan yang besar.

untuk dialog yang kedua tu,takkan la kita nak terus ikut tindakan yang tidak baik,mungkin itu istidraj! na'uzubilla..ingat! istidraj adalah nikmat untuk menyesatkan lagi manusia sehingga dia lupa bahawa nikmat itu dari Allah.

kalau hendak dihitung dosa-dosa yang dilakukan,
kita ni macam tak layak nak minta apa-apa,TAPI,pada siapa lagi harus kita minta?


hanya engkau tuhan yang kami sembah dan kepada engkau sahaja kami minta pertolongan.
surah Al-Fatihah:ayat 5

sedarkah bahawa ujian/musibah itu juga satu nikmat bagi orang-orang yang beriman,
andai kita bersabar,insyaAllah,nikmat selepas musibah itu pasti akan tiba :)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti samada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.

bak kata pepatah melayu:
bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

saya tambah:
bersusah-susah di dunia,bersenang-senang di akhirat. ;p

kalau ikutkan malas kat dunia ni,macam-macam malas nak buat,kadang-kadang
rasa malas nak beribadah pun pernah menjenguk hati&fikiran (na'zubillah)
namun,setakat mana mahu berehat didunia andai letih dengan azab Allah di akhirat.
fikir-fikir kan~

dalam hadis rasulullah :

"Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

Rasulullah yang merupakan insan yang paling dikasihiNya pun turut ditimpa ujian.

rahsia di sebalik musibah:-sumber,bahan bacaan di web-
diringkaskan,

andai ujian itu ditimpakan kepada golongan musuh Allah,itu merupakan azab buat mereka di dunia lagi.

andai musibah itu dikurnikan buat orang mu'min yang kurang beradab terhadap Allah,ikut merupakan peringatan pada mereka agar kembali beradab dan ia merupakan nikmat dalam kesulitan.

andai musibah itu dikurniakan pada orang-orang soleh,maka itu merupakan wahana untuk meningkatkan darjat di sisi Allah dan menguji sejauh mana kesabaran
.
tanpa kita sedari,musibah ni bukan sahaja datang bentuk kesusahan,kesenangan juga merupakan satu ujian.

nikmat kekayaan,kecantikan akan bertukar menjadi ujian andai kita tidak pandai menggunakan nikmat tersebut ke jalan Allah.kadang-kadang,kita rasa kita tidak riak,tapi sebenarnya,tanpa disedari perasaan itu memang ada,tapi kita cuba menidakkan.
lekaslah beristighfar :)


mendengar sambil bermuhasabah diri. Allahu Akhbar!

senyumlah di kala air mata ingin menitis, bersabarlah tatkala ujian melanda :)
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA ♥

wallahu'alam