Saturday, June 11, 2011

Penghidap 'Asthma'

Assalamu'alaikum wbt

Gerun je kan bila dengar pasal asma? Yelah,penyakit ini diantara penyakit yang boleh membawa maut!. Penyakit asma ini tiada ubatnya tetapi perlu dicegah! Bagi sesiapa yang menghidap penyakit ini, mereka tentu tahu keperitannya. Sungguh,saya sendiri menghidap penyakit asma tetapi bukanlah di tahap yang agak teruk. Saya merasai keperitan dan terasa seperti diri ini sudah dihujung nyawa ketika menghidap penyakit ini. Jika saya yang berada di tahap biasa ini pun sudah terasa seperti hendak 'mati', bagaimana pula dengan mereka yang berada pada tahap kritikal? Ya Allah,betapa seksanya keadaan itu!

Ingin saya kongsikan artikel mengenai penyakit asma dan tips mengambil ubat ini bersama sahabat sekalian. Semoga bermanfaat~ :)

orang asma akan pakai inhaler ini

Asma atau lelah ialah serangan sesak atau kesusahan bernafas beserta bunyi termengah-mengah di dada. Ia juga menghasilkan bunyi seperti siulan kerana penyempitan pada saluran cabang tenggorok di paru-paru. 

ini paru-paru orang normal dan pesakit asma

Asma terjadi apabila otot pada saluran udara yang menghubungkan hidung pada paru-paru menjadi kejang. Ketika otot kejang,saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan. Keadaan menjadi teruk apabila pesakit mempunyai kahak pekat yang menutup salur penafasan menyebabkan udara susah keluar masuk. Apabila ini terjadi,paru-paru akan berkurangan udara dan pesakit boleh pengsan serta boleh menyebabkan KEMATIAN!

Angkara tanda lain asma ialah sukar hendak bernafas,terbatuk-batuk dan pernafasan menjadi pendek. Antara faktor yang boleh memburukkan asma ialah alahan kepada habuk rumah,bulu binatang,debunga rumput dan asap rokok. Terlalu banyak bersenam dan melakukan kerja-kerja juga memungkinkan mendapat asma. Begitu juga jika sering mengalami tekanan perasaan dan mendapat jangkitan pada paru-paru. Bagi mereka yang alah kepada ubat-ubatan seperti aspirin dan penisilin,wajar berhati-hati kerana kemungkinan mendapat serangan asma jika mengambil ubat berkenaan.

Asma Pada Kanak-Kanak

Serangan asma pada kanak-kanak adalah masalah biasa kerana 10-20% kanak-kanak didunia ini mengalami asma. Ia selalunya bermula dengan serangan selesema,batuk dan kemudian sesak nafas. Jika tidak diubat dengan sempurna kanak-kanak itu berkemungkinan akan menghidap asma hingga dewasa. Menurut kajian,kira-kira 80% kanak-kanak menghidap asma akan hilang penyakit mereka apabila mencapai usia 5 tahun. Bagi kanak-kanak yang menghidap asma yang sederhana,serangan ini akan hilang dalam lingkungan usia 12-13 tahun. Sebilangan 50-60% akan sembuh apabila mereka dalam lingkungan 20-25 tahun dan 20% lagi akan mendapat asma berterusan dan sebilangan kecil akan sembuh.

Asma tidak boleh diubati tetapi biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia mereka meningkat. Manakala orang dewasa yang baru mendapat asma akan kekal menghidapnya. Asma tidak memberi apa-apa kesan tetapi boleh memudaratkan paru-paru.

Perubatan

Sedutan(Inhaler)

Ubat sedutan ini bertujuan mencegah asma yang kerap terjadi. Antaranya ialah becotide,pulmicate,salbotomol dan theophylline. Apabila mengalami serangan asma,doktor akan memberi ubat sama ada dalam bentuk tablet,kapsul,bancuhan,penyedutan,aerosol atau supositori. Ubat yang diberikan itu selalunya mampu mengatasi masalah penyempitan saluran cabang tenggorok pada paru-paru. Pesakit juga kadangkala diberi sejenis steroid untuk meredakan kesesakan nafas yang dialami. Pesakit juga mungkin diberi ubat sodium cromoglycate yang akan membantu mereka mengelakkan serangan asma. Ubat sedutan ini antara lain:
- selamat dan cepat memberi kesan
-ubatnya berkesan selama 4 jam
-boleh diambil selalu dan apabila diperlukan
-ulang setiap 2 atau 3 jam
-boleh digunakan sebelum bersenam
- tetapi tidak berkesan pada asma yang teruk

Perbezaan antara penyedut dan ubat tablet. 
Ubat penyedut memberi kesan yang lebih cepat berbanding ubat makan yang hanya akan berkesan setelah setengah jam mengambilnya. Penyedut pula mempunyai dos yang lebih rendah dan kesan sampingan kurang berbanding ubat yang dimakan.

Alahan Asma
Bagi yang mempunyai alahan,sila elakkan perkara dibawah:-
  • binatang peliharaan adalah penyebab utama penyakit asma. Penghidap asma sering alah kepada bulu binatang peliharaan mereka terutama kucing dan anjing
  • alat solek.
  • debunga. ini banyak pada musim bunga.
  • pewarna makanan
  • asap dan debu.
  • debu/kutu rumah
  • senaman berlebihan
  • tekanan
  • jangkitan seperti virus dan selesema
  • pekerjaan yang membabitkan debu dan asap
  • genetik
Apa patut kalian buat jika diserang asma?

Ambil ubat sedutan,tunggu hingga 15-20 minit dan ulang jika ia tidak berkesan. Ubat yang dimakan akan mengambil masa 30 minit hingga sejam untuk menunjukkan kesan. Jika kalian merasakan kesan ubat,ulangi mengambilnya pada masa yang disyorkan. Jika tidak berkesan,cepat-cepat berjumpa doktor. Bagaimanapun,ubat-ubat yang dicadangkan itu boleh meninggalkan kesan sampingan kepada pesakit seperti terlalu mengantuk,loya,muntah,darah gemuruh,kesukaran hendak tidur dan letih. Pesakit juga dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada doktor pakar farmasi kerana pengambilan ubat-ubatan tanpa mengikut dos boleh menjejaskan keberkesanan ubat itu. Sebaik-baiknya ambil ubat terakhir kalian sebelum masuk tidur kerana serangan asma lebih kerap berlaku pada sebelah malam. 


Selepas mengambil ubat,kalian perlu berkumur-kumur terutama jika kalian diberi ubat jenis sedutan. Amalan ini penting untuk mengelakkan mulut dan tekak dari menjadi kering. Pesakit juga harus ingat,selain rawatan ubat-ubatan mereka perlu berusaha mengelakkan bahan-bahan yang boleh menyebabkan serangan asma.


Peringatan!

  1. ambil ubat seperti dicadangkan doktor dan jangan berhenti sehingga dinasihat oleh doktor
  2. jangan tunggu hingga janji temu yang seterusnya jika serangan asma kalian semakin meningkat
  3. bawa ubat kalian kemana-mana kalian pergi terutama penyedut
  4. elakkan menghisap rokok atau dekat dengan orang yang menghisap rokok
  5. senaman baik untuk kesihatan tapi dapatkan nasihat doktor
  6. ambil ubat sebelum kalian jangka akan ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma
  7. jika kalian sering mendapatkan asma yang teruk sentiasa bawa nota daripada doktor kalian
akhir kata,AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT~ :)

Sunday, June 5, 2011

Bulan Rejab Bulan Allah!

Assalamu'alaikum wbt


Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil'adzim. Alhamdulillah ya Allah, akhirnya kita masih dapat sampai ke bulan Allah untuk tahun ini. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! :)
Saya sangat "excited" kerana bulan Rejab ini sangat banyak fadhilatnya. Dalam takwim hijrah,ada 3 bulan yang sangat istimewa,iaitu Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Ketika ini ramai yang berpusu-pusu mengerjakan ibadah malam. Antara tujuannya adalah untuk meraih keredhaan dan rahmat dari Allah SWT.
Menurut Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi Nik Ahmad, keunikan Rejab terletak pada kejadian Isra' Mikraj yang berlaku pada bulan tersebut. Sementara Syaaban pula sudah tentu pada Nisfu Syaabannya.
"Isra' Mikraj berlaku pada 27 Rejab. Pada bulan tersebut, Rasulullah SAW kehilangan ramai orang tersayang. Ini menyebabkan baginda berdukacita. Jadi bagi menghilangkan kesedihan di hati nabi, Dia menjemputnya datang berjumpa dengan-Nya. Ini membuatkan rasa sedih itu terhenti," terang Prof Madya Dr Nik Mohd Rosdi.
Saya memetik beberapa hadis daripada Imam al-Thabrani meriwayatkan daripada Anas bin Malik, apabila tibanya bulan Rejab, Baginda mendoakan: “Ya Allah, berkatilah hidup kami di bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikan (hayat) kami kepada bulan Ramadan.”
Imam al-Baihaqi meriwayatkan daripada Imam Syafie berbunyi : “Telah sampai kepada kami Syafie mengatakan: Sesungguhnya doa itu mustajab pada lima malam; malam Jumaat, malam Aidiladha, malam Aidilfitri, malam pertama bulan Rejab dan malam nisfu Syaaban.”
Okeh,sahabat tahu tak bahawasanya Rasulullah SAW ada bersabda,"Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat"

Selain daripada itu terdapat juga sabda nabi yang lain..

Sabda Nabi s.a.w.:
"Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku."

Bila kita puasa sunat bulan Rejab ni, pahalanya tak sama dengan puasa sunat yang selalu kita buat ketika puasa sunat hari Isnin,Khamis dan juga puasa sunat yang lain. Allah "up" kan lagi pahala kita tau! tak percaya? jom baca..

Malam awal Rejab mustajab do'anya. (Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

* Puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga tertinggi (Firdaus).

* Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.

* Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang, yang menghalangkan dia ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).

* Puasa empat hari pada bulan Rejab diafiatkan daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar dan daripada fitnah Dajal di hari kiamat.

* Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.

* Puasa enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur bercahaya muka.

* Puasa tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada tujuh pintu neraka.

* Puasa lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya lapan pintu syurga.

* Puasa sembilan hari pada bulan Rejab, keluar dari kuburnya lalu  MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak ditolak dia masuk syurga.

* Puasa 10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya hamparan perhentian di Titian Sirat pada tiap-tiap satu batu di hari kiamat.

* Puasa 16  hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang yang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

* Puasa 19  hari pada bulan Rejab, dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim a.s dan Nabi Allah Adam a.s.

* Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun...

Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya seperti puasa sebulan pahalanya.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Subhanallah! besarnya pahala dan nikmat berpuasa dibulan Rejab ini. Nak tunggu apa lagi? Jom "topup" pahala kita. Bersama kita menggapai redha-Nya,insya Allah~ :)

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.
 


wallahu'alam

Wednesday, June 1, 2011

Kenapa Hidup Kita Begini??

Assalamu'alaikum wbt


Dalam kehidupan seharian kita,banyak perkara yang berlaku. Namun apakah kita mengambil pengajaran dari setiap kejadian yang berlaku itu? Kadang saya terfikir,kenapa Allah takdirkan hidup dia begitu? Kenapa Allah takdirkan diri dia jadi begini? Tidak kesiankah Allah menguji dia sedemikian rupa?? Astagfirullahal'adzim! kenapa saya harus menyalahkan takdir yang telah Allah tetapkan.


Jangan salahkan takdir! Saya memetik kata-kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang berkata,"Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan."


Ya,saya akui kita boleh mengubah nasib hidup kita seperti yang dinyatakan dalam surah Ar-Ra'd: 11 "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." Namun,jangan kita berputus harapan dengan menyerahkan segalanya pada takdir.Memang Allah menganjurkan kita untuk menyerahkan segala sesuatu kepada-Nya,namun tawakal tidak bererti hanya berdiam diri dan tidak berusaha.Setiap muslim harus bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna. Kita tidak boleh menyandarkan diri kepada kerja keras dan usaha semata-mata tetapi harus meyakini bahawa segala urusan adalah milik Allah dan rezeki itu hanyalah dari Allah.






Saya yakin majoriti daripada kita yang tidak menyukai atau tidak bersyukur dengan apa yang  dimiliki. Biasalah,setiap orang mahu apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Tetapi jika kita koreksi diri kembali,apakah semua yang kita impikan itu baik untuk kita? Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya,"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)


Marilah kita sama-sama bergerak dan bertindak ke arah perubahan yang InsyaAllah mengundang redha Allah,biiznillah.






wallahu'alam