Saturday, August 27, 2011

Syukur Alhamdulillah!




"Hujan pagi hari, rintik-rintiknya halus dan jernih sejak kelmarin. Namun malang, sejuknya tidak sampai ke petang. Betapa pun, syukur Alhamdulillah. Itulah rahmat Tuhan. 

Terkadang, ingin rasanya hati ini turut disirami hujan. Biar dingin. Biar nyaman. Moga subur tanah hati dengan baik. Kadang kala, hati harus akur. Tidak selamanya hujan akan mencurah. Tetap ada kemaraunya. Hari ini hujan pagi. Esok, mungkinkah kemarau?" Getus hati Abdullah Soleh sebelum matanya tertutup.

Keesokannya, Abdullah Soleh dengan semangatnya mengharungi hari terakhir sebuah program kem motivasi untuk pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi di tempat mereka.

Slot terakhir motivasi bagi program tersebut bertajuk "Istimewanya Diri Kita".

"Baik, siapa boleh beritahu kita di sini keistimewaan dirinya?" Satu soalan dilontarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi oleh motivator tersebut.

"Saya nak jawab!" Sambut seorang mahasiswa yang bergaya dengan nada yakin.

" Assalamualaikum semua. Di sini saya nak beritahu apa keistimewaan saya, istimewanya saya ialah saya berkeyakinan tinggi, saya bijak berpidato, dan saya yakin bahawa saya mampu menjadi pemimpin negara suatu hari nanti." Kata mahasiswa tersebut dengan penuh keyakinan.

Siswa dan siswi lain juga memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Ada yang beritahu keistimewaannya ialah menyanyi, bermain bola, pandai bergurau dan macam-macam lagi.

Hampir semua siswa dan siswi memberi maklum balas terhadap soalan tadi. Lalu, Abdullah Soleh bangkit berdiri untuk turut sama memberitahu keistimewaan diri.

"Saya mahu beritahu keistimewaan saya! Keistimewaan saya ialah saya seorang Muslim, mengapa saya berkata begitu? Biar saya jelaskan. Dengarlah sahabat-sahabatku terutamanya yang beragama Islam. Sedarlah! Diri kita tiada ertinya jika Islam bukan agama yang dianuti, tiada ertinya jika kita bukan seorang Muslim. 

Sedarlah! Betapa istimewanya kita dapat merasai nikmat Iman dan Islam, betapa istimewanya kita dalam berbillion kalangan umat manusia di dunia ini kita yang terpilih merasai nikmat Iman dan Islam, tanpa nikmat Iman dan Islam mungkin kita boleh berjaya di dunia dengan kelebihan-kelebihan yang Allah anugerahkan, akan tetapi di akhirat sana kita pasti akan kecewa serta merana.

Sedarlah! Seorang Muslim itu sangat istimewa, kerana apa? Kerana kita mempunyai Allah Yang Maha Kuasa. Waktu kita susah dan senang Dia sentiasa ada, malah ketika kita sakit, Dia menghapuskan dosa-dosa kecil kita serta ditambah lagi dengan ganjaran pahala jika kita bersabar menghadapi ujian dari-Nya.

Jika kita lihat, ujian yang hadir itu bukan untuk menghukum kita tetapi memberi peringatan kepada kita yang lalai. Umpama seorang ibu menegur anaknya dengan penuh kasih sayang agar anaknya sentiasa di jalan yang benar. Begitulah perumpamaannya.

Namun kasih sayang Allah lebih lagi daripada kasih sayang seorang ibu atau bapa kepada anaknya. Tidakkah anda semua berasa istimewa dengan nikmat Iman dan Islam ini? Bukankah ini suatu keistimewaan yang terulung kepada diri anda? Maha Suci Allah yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi! Apa pun musibah yang menimpa seorang Mukmin, selalu menguntungkan dirinya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. dalam sebuah hadis:

"Amat menakjubkan sikap seorang Mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingnya. Sikap ini sebenarnya tidak pernah wujud pada umat lain kecuali kepada golongan Mukmin. Jika dia mendapat kebaikan, dia bersyukur, jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun bersabar menghadapinya dan ini pun baik baginya." (Riwayat Muslim)

Seorang Mukmin apabila ditimpa kesusahan, dan dia mengingati Allah, dengan jalan itulah dia akan memperoleh jalan penyelesaian yang terbaik. Dia tidak merasa tekanan batin dalam bentuk apapun, kerana penderitaan yang paling berat sekalipun, pasti ada jalan penyelesaiannya dan pertolongan dari-Nya. Rasulullah S.A.W. pun bersabda: "Ingat akan Allah adalah penawar kalbu," Diriwayatkan oleh ad-Dailami oleh Anas.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah berduka lara, dengarkan firman Allah S.W.T:

"Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui." (QS. Al-Baqarah: 216)

Maka setelah ini wahai jiwa pemuda, jangan biarkan kita hanyut dalam ilusi yang berpanjangan terhadap apa-apa yang terlepas dari genggamanmu, dari dakapanmu. Kita lihat di sekeliling kita, kemudian cerminlah diri sendiri. Andai kita tidak kenal siapa yang ada di dalam cermin itu, mulai hari ini ada baiknya kita mulakan mencari diri sendiri!

Manusia yang mulia adalah yang menyedari dengan sepenuh hati bahawa dia hanyalah seorang hamba, dalam pengertian hamba yang sebenar- benarnya, baik secara teori mahupun praktikal. Dia hanya berfikir bagaimana memberikan yang terbaik bagi kehidupan ini, semata-mata mengharap cinta-Nya, keredhaan-Nya, dan lebih dari itu kerana dia mencintai Allah, terpesona kepada keindahan Maha Pencipta, mabuk kepayang dengan 'kecantikan' Maha Pemurah.

Andai ternyata keinginannya tidak selari dengan keinginan Allah S.W.T., ternyata apa yang diharapkannya esok hari tidak menjadi nyata, malah yang terjadi adalah sesuatu yang sebaliknya, maka kita mesti tetap ikhlas dan berbanggalah kita seorang Muslim! Takbir!

"Allahuakbar!"sambut rakan siswa dan siswa yang lain.

Ingatlah sahabat sekalian.

Islam tidak pernah mengecewakan kita tetapi kita yang selalu mengecewakan Islam, kita yang membiarkan Islam terus layu. Kita tidak bangga dengan nikmat Iman dan Islam yang kita miliki. Kita lebih berbangga dengan hiasan-hiasan dunia yang tidak kekal lama. Peringatan ini juga buat diri saya yang kerdil dan hina ini. Sekian terima kasih."

Tepukan gemuruh mula memecah suasana di dalam dewan kem tersebut.

Hebatnya jiwa pemuda, hebatnya jiwa pemuda Islam. Allahuakbar!!



motivasi untuk diri saya dan semua~ :)

Hati-hati Jaga Hati!



“zaki watpa tu?”

“hmm. takde wat pape lah kak”

“kenapa ni? Macam ade problem je akak tengok. Ade problem kan?”

“hmm. Tau –tau je kan akak ni. Hebak hebak, hebak beno mu nih”

“aitt sejak bila adik aku jadi ‘budok klate’ nih. Haha. Lawak la kau ni Zaki. Apa problem kau tu? cecite cecite..”

“hmm. zaki rasa bersalah sangat sekarang ni kak.. sebab tadi zaki ada tegur seorang perempuan ni, kawan sekelas zaki.. dia baik. tak jahat pun. Tudung dia jarang, mungkin terpakai tudung jarang kot time pergi kelas tadi. Nampak leher dia. zaki duduk kat belakang dia. Then, zaki tegur la dia..”

“pastu?” sampuk nurul

“sabo ler nak cerita la ni. Haishh.  zaki tegur agak keras sikit kot. Sebab lepas zaki tegur dia, muka dia berubah.. macam nak nangis.. zaki pun gelabah lah. Last-last dia nangis betul-betul..huwaaa. seram sejuk hati zaki dibuatnya.. adoi.. rasa kaki zaki ni tercelup dengan ais –100000 darjah celsius.. tak sangka dia nangis.. zaki niat nak tegur je. untuk kebaikan dia juga”

“haha zaki oh zaki!”, berdekah nurul ketawa

“ishh orang serius ni. Ade ke gelakkan pulak !”, balas zaki

“haha kau ni zaki, nak tegur orang tu, tegur la baik-baik. bahasa yang lembut. Barulah hati orang pun lembut terima apa yang kau tegurkan tu. ini tak, ade ke tegur seorang perempuan yang hatinya confirm lembut dengan nada yang tak lembut. Mestilah terasa hati dia.”

“alah, zaki ni mane lah reti nak lembut-lembut ni..”

“yeke? Akak tengok kat blog kau tu bahasa bukan main sopan santun plus indah lagi. Boleh je kan? Kat blog, boleh je kau guna bhasa yang lemah lembut, kat real life mestilah boleh jugak lemah lembut.. cakap dengan orang cubalah tak kasar sangat. Kalau kita cakap sopan mesti orang mudah terima punyalah apa yang kita cakap”

“hmm.. ye memang kelemahan zaki sendiri.. betul lah cakap akak tu”

“well, hihi.. of course betul. Kan akak perempuan jugak.”

“Ha ! riak la tuh. Tahu tak kak, riak tu umpama api yang membakar kayu jadi abu ?”

“yolah yolah. Insaf-insaf.”

“good-good. Hehe”

“macam ni lah zaki, kau tahu perempuan ni kan macam tulang rusuk.. lembut je.. kalau kau nak luruskan takleh ganas-ganas, tapi kena slow-slow, kena lembut-lembut.. barulah boleh lurus. Kalau ganas-ganas nanti patah tulang rusuk tu.”

“hurm.. menarik analogi akak tu.. tapi nak buek camno, eden ni kan jantan. Mestilah hati keras sikit.”

“lahh kau ni zaki, kalau kau nak tahu lagi, hati perempuan ni pun macam belon tau.. belon mudah meletop.. kalau kau tak jaga sikit..boleh pecah belon tu walaupun dicucuk dengan hujung jarum je..bagi akak, dah bagus dah kau tegur tu tapi lain kali bagus kan sikit lah cara kau tegur tu ye..”

“ok insyaAllah. leceh gak lah orang perempuan ni kan kak. aish zaki nak carik yang hati keras sikit lah camni. taknak lembut sangat. haha”

“haha. ade-ade je kau. normal la tu perempuan. zaki, akak teringat kat surah an-nahl ayat 125, yang bermaksud "Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.". esok kau mintak maaf la kat kawan kau tu ye. insyaAllah bulan ramadhan ni, mudah mudahan dia menerima apa yang kau tegur tu. biarlah dia nangis waktu ni. sebab kalau waktu perhitungan nanti, tangisan dah takda guna lagi dah. Segala apa akan dihisab walaupun dosa sekecil zarah. Akak pun rasa perempuan sekarang banyak yang anggap aurat itu hanya tutup rambut mereka sahaja. hm, semoga peristiwa hari ini beri pengajaran yang berguna buat adik akak ni ye. Jangan pernah berhenti berpesan-pesan pada kebenaran dan berpesan-pesan pada kesabaran..”

“insyaAllah. Terima kasih kak atas dorongannya. Takpelah kalau dia tak maafkan pun. Yang penting dia sedar kesalahan dia. Semoga Allah ampunkan segala kesilapan kawan zaki dan kesilapan diri zaki ni kak. InsyaAllah, semoga Allah redha atas kita semua. Amiin. ”

“amiin. Good boy la adik akak ni. hehe”

p/s: sungguh,hati perempuan itu sangat lembut. Kerana itu ia memerlukan perlindungan yang sangat rapi.

Tuesday, August 16, 2011

Al Ma'thurat dan Kelebihannya

Assalamu'alaikum wbt. Kali ini saya ingin berkongsi bersama para pembaca mengenai Al Ma'thurat. Saya mula menghafalnya sejak di tingkatan 3. Sungguh, banyak kebaikan dan kelebihannya jika kita menghafal Al Ma'thurat ini. Disini saya kongsikan pengertian dan keutamaan Al Ma'thurat. Semoga bermanfaat.


PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW ).

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin.

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuatu yang lebih bererti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah.

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini bererti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.



Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah.
Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.


Kelebihan membaca Al Mathurat:
1. Tidak dihampiri syaitan
2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.
3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.
4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.
5. Selamat dari segala sesuatu.
6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.
7. Allah berhak untuk meredhainya
8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.
9. Terhindar daripada syirik.
10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.
11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.
12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.
13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang.Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.
14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan.



wallahu'alam
lagi info mengenai Al Ma'thurat



Saturday, August 6, 2011

Terima Kasih Wahai Tuhan! ♥

Assalamu'alaikum wbt

manusia sering persoal,

"kenapa lah aku yang diuji dengan musibah-musibah macam ni?"
"kenapa lah orang lain tu,hidup senang je,walhal,tak lah baik mana pun"

cuba fikir sejenak,

apa yang dah kita lakukan untuk Allah sehingga kita persoal semula kehendakNya,

seolah-olah seperti kitalah manusia yang paling layak untuk menikmati nikmatNya sedangkan apa je yang kita dah lakukan sampai kita rasa kita layak untuk dapat pulangan yang besar.

untuk dialog yang kedua tu,takkan la kita nak terus ikut tindakan yang tidak baik,mungkin itu istidraj! na'uzubilla..ingat! istidraj adalah nikmat untuk menyesatkan lagi manusia sehingga dia lupa bahawa nikmat itu dari Allah.

kalau hendak dihitung dosa-dosa yang dilakukan,
kita ni macam tak layak nak minta apa-apa,TAPI,pada siapa lagi harus kita minta?


hanya engkau tuhan yang kami sembah dan kepada engkau sahaja kami minta pertolongan.
surah Al-Fatihah:ayat 5

sedarkah bahawa ujian/musibah itu juga satu nikmat bagi orang-orang yang beriman,
andai kita bersabar,insyaAllah,nikmat selepas musibah itu pasti akan tiba :)


Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (Al-Ankabut: 2-3)

seseorang yang mengaku beriman, pasti akan diuji oleh Allah s.w.t., sehingga terbukti samada seseorang itu benar-benar beriman atau berdusta dalam mengaku beriman.

bak kata pepatah melayu:
bersusah-susah dahulu,bersenang-senang kemudian.

saya tambah:
bersusah-susah di dunia,bersenang-senang di akhirat. ;p

kalau ikutkan malas kat dunia ni,macam-macam malas nak buat,kadang-kadang
rasa malas nak beribadah pun pernah menjenguk hati&fikiran (na'zubillah)
namun,setakat mana mahu berehat didunia andai letih dengan azab Allah di akhirat.
fikir-fikir kan~

dalam hadis rasulullah :

"Sesungguhnya, jika Allah s.w.t. mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diuji. Andainya mereka redha dengan ujian tersebut, maka baginya keredhaan Allah s.w.t…"

Rasulullah yang merupakan insan yang paling dikasihiNya pun turut ditimpa ujian.

rahsia di sebalik musibah:-sumber,bahan bacaan di web-
diringkaskan,

andai ujian itu ditimpakan kepada golongan musuh Allah,itu merupakan azab buat mereka di dunia lagi.

andai musibah itu dikurnikan buat orang mu'min yang kurang beradab terhadap Allah,ikut merupakan peringatan pada mereka agar kembali beradab dan ia merupakan nikmat dalam kesulitan.

andai musibah itu dikurniakan pada orang-orang soleh,maka itu merupakan wahana untuk meningkatkan darjat di sisi Allah dan menguji sejauh mana kesabaran
.
tanpa kita sedari,musibah ni bukan sahaja datang bentuk kesusahan,kesenangan juga merupakan satu ujian.

nikmat kekayaan,kecantikan akan bertukar menjadi ujian andai kita tidak pandai menggunakan nikmat tersebut ke jalan Allah.kadang-kadang,kita rasa kita tidak riak,tapi sebenarnya,tanpa disedari perasaan itu memang ada,tapi kita cuba menidakkan.
lekaslah beristighfar :)


mendengar sambil bermuhasabah diri. Allahu Akhbar!

senyumlah di kala air mata ingin menitis, bersabarlah tatkala ujian melanda :)
ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK KITA ♥

wallahu'alam

Wednesday, August 3, 2011

Adam dan Hawa



Adam..
Kau bilang dirimu hebat dan kuat ibarat pahlawan,
Gagah perkasa seperti Badang,
Kau gunakan Hawa sebagai umpan,
Untuk membuktikan kelelakianmu yang hanya temberang.
Hawa...
Kau bangga dengan kecantikan lahiriah yang ada padamu,
Kau sanjung tinggi Adam yang terpikat dengan keindahan rupamu,
Kau tersenyum manis saat Adam melihat lenggok tubuhmu,
Tapi kau marah dan benci bila ada segelintir Adam yang menegurmu.
Adam...
Kadangkala kekacakan yang ada padamu,
Bisa membuat Hawa lemah dan cair ibarat ais terkena api,
Hati yang rapuh mudah luluh dan tunduk pada nafsu,
Jiwa yang halus mudah pula jatuh hati.
Hawa...
Iblis menggunakanmu sebagai umpan untuk memerangkap Adam,
Kau harus ambil kesempatan ini untuk memperdayakan Iblis,
Selamatkanlah Adam dari cengkaman api yang tidak akan terpadam,
Jatuhkanlah musuh Islam dengan akal satumu yang genius.
Adam...
Kata-kata manis nistamu bisa menggoda hati Hawa,
Senyum nakalmu membuatkan Hawa semakin suka,
Lembutmu dalam berkata membuatkan Hawa senang mendekatimu,
Sikap prihatinmu membuat Hawa tergilakan perhatianmu.
Hawa...
Sikapmu yang tidak endah menjadikan Adam berani terhadapmu,
Berani mengambil kesempatan untuk menyentuh maruahmu,
Ketidaktegasanmu membuatkan Adam semakin suka akan dirimu,
Hingga kau pun hanyut dalam dunia cinta palsu.
Adam...
Kau bilang akalmu sembilan mengalahkan nafsumu yang satu,
Gunakanlah akalmu itu untuk mendidik nafsumu yang boleh membinasakan Hawa,
Cerdikkanlah akalmu itu dengan berjihad menentang nafsumu,
Agar Hawa terpelihara sentiasa dalam jagaan taqwa.
Hawa...
Lenggok tubuhmu bisa membuat Adam terpaku dan mata menjadi sepi,
Lembut suaramu bisa mencairkan hati lelaki Adam,
Longgarkanlah pakaianmu agar tubuhmu tertutup rapi,
Tegaskanlah suaramu supaya syaitan tidak berpeluang merasuk Adam.
Oleh itu Adam...
Bersikap tegaslah dengan Hawa dalam setiap urusanmu,
Kau harus kuat dan sabar dalam membimbing Hawa yang semakin liar,
Kau harus teruskan perjuanganmu menentang hawa nafsumu,
Agar nafsu Hawa tidak terus-terusan menular.
Adam...
Hawa meminta agar kau bersikap tegas dan berani,
Supaya Hawa takut untuk menggoda dan mendekati,
Supaya syaitan tidak membisikkan godaan nafsu durjana,
Agar kau bisa menjadi pemimpin dan ketua yang diidami Hawa.
Begitu juga Hawa...
Mahalkanlah senyummu yang bisa menawan hati lelaki,
Jagalah dan peliharalah aurat dan maruah dirimu,
Untuk membentengi nafsu yang sangat dibenci,
Agar kau suci terpelihara saat Adam menyuntingmu.
Hawa...
Adam mudah cair dengan keanggunan wajahmu,
Namun...itu bukanlah yang Adam harapkan,
Adam mengharapkan Hawa yang berpegang teguh pada agama sebagai penyuci kalbu,
Adam juga menginginkan Hawa yang sopan dan memelihara aurat dalam berpakaian.
Dan
Untukmu Adam :
Jadilah Adam yang berpendidikan tinggi dalam agama yang bisa membimbing Hawa dari menjadi mangsa godaan syaitan dan nafsu yang boleh membinasakan.
Jadilah Adam yang murah dengan kata-kata nasihat dan teguran yang boleh memperbaiki Hawa.
Jadilah Adam yang sentiasa berjuang menentang nafsu dan memelihara maruah diri untuk orang tercinta yang sah bergelar isteri.
Jadilah juga Adam yang boleh menjadi ketua keluarga, imam dalam solat berjemaah dan pemimpin agama seperti yang diingini oleh Hawa.
Untukmu Hawa :
Jadilah Hawa yang tinggi dengan didikan agama, merendah diri dengan akhlak terpuji dan baik hati. Jadilah Hawa yang menjaga aurat dan maruah diri dari sewenang-wenangnya dilihat ajnabi.
Jadilah Hawa yang sentiasa haus akan ilmu nasihat dan teguran sebagai persiapan menjadi Hawa yang solehah untuk seorang yang sah bergelar suami.
Jadilah juga seorang Hawa yang bisa menjadi anak, ibu dan isteri yang solehah serta hamba Allah yang beriman dan bertaqwa seperti yang diidamkan oleh Adam.

wallahu'alam