Friday, October 21, 2011

Kematian Seorang Lagi Pejuang Allah!

Berita tentang kematian Muammar Gaddafi. 

Siapa yang gembira? 

ADAKAH MEREKA YANG MENENTANGNYA ATAU BARAT YANG SENYUM KETAWA KERANA BERJAYA MENGHURU-HARAKAN UMAT ISLAM.


Umum tahu konspirasi barat ini halus dan licik sehingga benda yang tiada mereka ada-adakan untuk memperlihatkan pada dunia,inilah pemimpin kejam!! betulkah dakwaan itu.. jom kita baca info yang tersembunyi ini.
_________________________________________________________________


Betulkah Muammar Gaddafi Adalah Pemimpin Yang Kejam?


Jika anda berpendapat sedemikian rupa, rasanya anda juga kemungkinan besar berjaya diperbodohkan oleh Kerajaan Kerajaan Dajjal. Arwah merupakan baik orangnya semasa dia masih hidup, bersama sama lah kita berdoa ke atas pemergian Muammar Gaddafi.


Malah sifat dan cara kepimpinanya juga patut dicontohi oleh Najib Razak dan seluruh pemerintah yang ada di Malaysia ini, ambil yang baik dan lupakan yang keruh, manusia tiada yang sempurna.


Presiden Muammar Muhammad Al-Qaddafi, nama yang sangat digeruni dan ditakuti Barat, termasuk Yahudi Zionis la'natullah. Keberanian Al-Qaddafi, terutama apabila berdepan dengan Barat sudah dikenali dunia. Kelantangan beliau sehingga mencampakkan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semasa berucap di hadapan pemimpin dunia di Perhimpunan Agong Bangsa-Bangsa Bersatu mencatat sejarah tersendiri, membuktikan kelantangan dan sikap tidak tolak ansur dan tiada kompromi beliau kepada Barat!


Cuba anda lihat apa yang tidak kenanya dengan Kerajaan Libya dibawah pimpinan Muammar Al Qaddafi:


1. Setiap individu rakyat Libya menerima imbuhan daripada hasil minyak petrol Libya yang dimasukkan terus ke akaun Bank masing-masing.Ini juga amalan Kerajaan Emirat Arab Bersatu yang memperuntukkan didalam Perlembagaan bahawa 40% daripada hasil minyak UAE adalah untuk rakyatnya!


2. Cukai pendapatan paling maksimum pun hanya 12%.


3. Bank di Libya tidak mengenakan sebarang faedah atau riba'.


4. Qaddafi bersumpah bapa dan keluarganya tidak akan memiliki rumah selagi tiap rakyat Libya tidak mempunyai rumah. Bapa Qaddafi sudahpun meninggal dunia tanpa punya rumah, dan Qaddafi serta anak isterinya masih duduk didalam khemah.


5.Di Libya tidak ada rumah yang dipajak.


6. Mana-mana rakyat yang mahu bertani atau berladang akan diberikan tanah, haiwan ternakan dan benih percuma.


7. Tidak ada bil elektrik di Libya.


8. Pendidikan adalah percuma


9. Kemudahan perubatan adalah percuma.


10. Tiap pasangan pengantin baru mendapat peruntukkan one-off payment berjumlah 6,000.00 dinar daripada Kerajaan.


11. Harga gas terlalu murah pada nilai 12 sen/liter.


12. Pembelian kenderaan diberi pembiayaan kewangan tanpa faedah.


13. satu sistem pengairan dan saliran yang hebat dibina untuk mengujudkan kawasan pertanian yang membebaskan Libya daripada pergantungan kepada sumber makanan luar.


14. Rakyat dan negara Libya menikmati mutu kehidupan yang tinggi berbanding dengan negara Afrika yang lain.


15 Kebanyakan sekim kesihatan umum, pendidikan dan minyak dibawah subsidi kerajaan.


16. Libya mempunyai kadar kematian bayi yang paling rendah dan kadar hayat yang tinggi.


17. Kadar celik ilmu adalah 90% (sedangkan semasa rampasan kuasa oleh Qaddafi terhadap Raja Idris kadar celik-ilmu hanyalah 10%).


18. Kurang daripada 5% penduduk yang kelaparan/tanpa rumah; satu jumlah yang jauh daripada Amerika Syarikat;


19. Apabila berlaku kenaikan harga makanan, Qaddafi menghapuskan semua cukai atas makanan.


Sebenarnya Qaddafi berjaya membawa rakyat dan negara Libya kepada tahap yang hebat tanpa bergantung dan menjadi hamba kepada tamaddun dan cengkaman Barat dan Yahudi zionis la'natullah.


Sebenarnya apa yang dibawa oleh Qaddafi adalah ciri-ciri sebuah negara kebajikan yang berteraskan kepada Islam tanpa tunduk kepada musuh-musuh Islam. Qaddafi boleh membuatkan Barat kecut perut kepada kekuatan ekonomi negaranya!


Malahan Qaddafi mula menuntut Barat supaya membayar pembelian minyak dengan emas. Sudah tentu Amerika Syarikat, Barat dan Yahudi Zionis la'natullah tidak bersetuju kerana mereka tidak mempunyai simpanan emas yang mencukup untuk membayarnya. Malah matawang mereka kini hanyalah cetakan atas kertas sahaja.


Maka Amerika, Barat dan Yahudi la'natullah tidak ada pilihan melainkan menyingkir Qaddafi. Dan mereka berjaya memperkudakan segelintir rakyat Libya dan memperlengkapkan mereka dengan senjata dan dengan bantuan pesawat gempur Nato, memerangi Kerajaan mereka sendiri!


Al-fatihah Sekali lagi untuk Muammar Gaddafi.


Semoga kita di Malaysia di jauhkan dari fitnah yang sebegini rupa.


P/s : Selepas kejatuhan Saddam Hussein, Osama Bin Laden dan Muammar Gaddafi, siapakah pula selepas ini? Negara manakah yang akan menjadi sasaran seterusnya? Allahu Akhbar!


Gugur lagi seorang tentera Islam.. :'(




info lebih lanjut tentang Muammar Gaddafi:
Presiden Libya-Muammar Gaddafi
Pemerintahan Muammar Gaddafi

10 comments:

  1. saya dah post ni, cuma saya musykil sekiranya banyak bantuan yg telah dia beri, kenapa dia dibunuh oleh rakyatnya sendiri?

    ReplyDelete
  2. itu adalah kerana rakyat Libya sudah dipengaruhi oleh barat. jika kita fikir kembali, selama 42 tahun pemerintahnnya,beliau berjaya merampas kuasa jawatan daripada Raja Idris yang turut dibenci oleh rakyatnya sendiri. tetapi apabila Gaddafi memegang jawatan tersebut,adakah berlaku sebarang masalah mahupun pemberontakan? pada tahun ini 2011,apabila berlaku rusuhan di Mesir dan Tunisia, barat turut mahu menghancurkan Libya. maka dengan cara sebeginilah negara barat meracuni minda rakyat dengan mengatakan bahawa Gaddafi adalah diktator. apabila mengetahui sedemikian, maka rakyat akan mula memberontak.

    ReplyDelete
  3. boleh saya tahu anda dapat sumber dari mane?

    ReplyDelete
  4. Jgn lupa Syeikh Yusuf al-Qaradawi berkata :وقال القرضاوي " أصدر الآن فتوى بقتل القذافي. أي ضابط أو جندي أو أي شخص يتمكن من أن يطلق عليه رصاصة فليفعل، ليريح الليبيين والأمة من شر هذا الرجل المجنون وظلمه". وأضاف "لا يجوز لأي ضابط أن يطيع هذا الرجل في المعصية والظلم والبغي على العباد".

    Maksudnya :

    "Aku mengeluarkan fatwa sekarang supaya Gaddafi dibunuh! Barangsiapa samada pegawai tentera, atau tentera biasa atau mana-mana individu yang mempunyai peluang untuk membunuhnya. Maka janganlah teragak-agak untuk membunuhnya! ianya adalah semata-mata untuk menyelamatkan rakyat Libya daripada kejahatan dan kezaliman lelaki yang gila ini! "...beliau seterusnya menambah " Haram kepada pegawai dan askar biasa untuk mentaati lelaki ini (Gaddafi) dalam perkara yang maksiat, kezaliman dan kerakusan terhadap rakyatnya sendiri!"

    ReplyDelete
  5. wallahua'lam...

    kalau secara logiknya, ada benarnya entry ni...mmg puak laknatullah ni akan singkirkan siapa2 je yg menentang mereka..boleh jadi, apa yg dikatakan di atas, benar belaka...

    tapi saya tertanya2 juga, kalau mcam tu, kenapa Qaradhawi keluarkan fatwa darah Gadaffi halal? ya ALLAH..harap dapat rungkaikan kekusutan ni...

    erm..ada baiknya kalau Yusuf Qaradhawi boleh baca entry ni...;))

    ReplyDelete
  6. http://brohamzah.blogspot.com/2011/02/apa-yang-perlu-anda-tahu-tentang.html

    ReplyDelete
  7. untuk maklumat lebih lanjut, sila baca link ini. :)

    http://farihinzul1974.blogspot.com/2011/10/isu-antarabangsa-makna-kematian-muammar.html

    ReplyDelete
  8. http://aljazary.blogspot.com/2011/10/kenyataan-rasmi-kesatuan-ulama-sedunia.html



    Kesatuan Ulama Islam Sedunia telah menerima berita gembira atas kemenangan besar para Mujahidin menentang kelompok al-Qazzafi (Gaddafi) dalam petempuran di Bandar Sirt,sehingga terbunuhnya pemimpin zalim Ma`ammar al-Qazzafi.

    ReplyDelete
  9. setelah Tunisia, Mesir dan kini Libya semua mengatakan bahawa pemimpin mereka adalah diktator, apakah kita mahu lihat lebih banyak negara arab lain turut terkorban? negara barat tidak akan berdiam diri selagi ada negara arab yang masih belum berkocak. Apakah kita mahu negara sesama saudara kita ini menjadi lebih teruk? negara barat ini tidak akan menghancurkan negara arab secara terang-terangan, malah mereka akan menggunakan taktik halus mereka dengan cara mempengaruhi rakyat terlebih dahulu dan apabila rakyat memberontak, makan pemimpin mereka akan kecundang. Buka mata kita seluas-luasnya. Lihat dengan mata hati! Allahu Allah.

    baca info ini lebih lanjut.
    http://myibrah.com/rahsia-tersembunyi-yang-amat-di-takuti-oleh-yahudi

    ReplyDelete
  10. arwah juga ada menubuhkan masjid yang boleh muatkan 7000 jemaah dlam satu masa di indonesia..

    ReplyDelete